Aplikasi KL 2017 Dilancarkan Untuk Android Dan iOS Bersempena Dengan Sukan SEA 2017

Aplikasi KL 2017 Dilancarkan Untuk Android Dan iOS Bersempena Dengan Sukan SEA 2017|TIDAK lama lagi Sukan SEA 2017 bakal berlangsung di Kuala Lumpur bermula dari 19 hingga 30 Ogos 2017 dan bersempena dengannya hari ini kerajaan telah melancarkan aplikasi rasmi untuknya dinamakan sebagai KL2017.

                 Aplikasi KL 2017 Dilancarkan Untuk Android Dan iOS Bersempena Dengan Sukan SEA 2017

Aplikasi ini ditawarkan untuk pengguna peranti Android dan juga iPhone dimana melaluinya pengguna boleh mengikuti pelbagai perkembangan semasa dari segi berita, video, mahupun skor semasa selepas acara sukan berkenaan dimulakan.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android atau iPhone, anda boleh memuat-turun aplikasi ini hari ini dan mengikuti pelbagai perkembangan semasa dengan lebih mudah.

No comments

Powered by Blogger.