Resepi Biskut Suji Pelangi Yang Mudah

Resepi Biskut Suji Pelangi Yang Mudah|PERNAHKAH anda dengar tentang biskut suji pelangi? Apa yang menarik pada biskut suji pelangi? Sempena menyambut raya pada tahun ini, disini ingin saya kongsikan satu resepi kuih raya iaitu 'Resepi Biskut Suji Pelangi Yang Mudah'. Bagi anda yang belum pernah merasai kuih raya ini, bolehlah cuba buat sendiri dirumah. Memang mudah!

Resepi Biskut Suji Pelangi Yang Mudah

Resepi Biskut Suji Pelangi Yang Mudah

Bahan-bahan: (40-50 Biji)

100g minyak sapi
80g gula icing
220g tepung gandum
1 sudu kecil baking soda (Perlu diayak bersama tepung)
60g badam kasar
Pewarna (Ikut pilihan anda)
Secubit garam halus
Secukup gula halus

Cara Membuat Suji Pelangi:

1. Pertama kali, minyak sapi, gula icing dan garam dikacau sehingga sebati. Masukkan badam kisar dan kacau sehingga rata

2. Kemudian, masukkan tepung sedikit-sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang tidak melekat

3. Bahagi doh kepada 3 atau 4 bahagian dan warnakan merah, hijau, kuning dan satu bahagian asal

4. Kemudian, ambil secubit adunan daripada keempat-empat doh berwarna, lalu campur dan bulatkan sebesar guli

5. Selepas itu, bakar selama 20-30 minit pada suhu 160°c atau sehingga benar-benar garing

6. Selepas ia dibakar, golekkan biskut tersebut dengan gula halus dan siap

Selamat mencuba!

2 comments:

  1. sedapnye..boleh cuba resepi kuih raya paling simple abad nie..:)

    ReplyDelete
  2. boleh cuba nadia...mmmng sedapp

    ReplyDelete

Powered by Blogger.