Cara Daftar Mengundi dan Semakan Pemilih Secara Online

Cara Daftar Mengundi dan Semakan Pemilih Secara Online|BAGI yang masih lagi belum mendaftar sebagai pemilih atau pengundi untuk melayakkan diri mengundi dalam pilihan raya pada masa akan datang, anda boleh mendaftar melalui kaedah ini.

Baca juga:
Semakan Daftar Pemilih Secara Online Dan SMS

Cara Daftar Mengundi dan Semakan Pemilih Secara Online

Syarat Sebagai Pemilih

1. Warganegara Malaysia
2. Sudah mencapai umur 21 tahun
3. Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia

Cara Pengisian dan Penghantaran Borang A

1 - Sila pilih jenis Borang A sama ada dari Parti Politik atau Wakil Jabatan atau Individu
2 - Senarai mengikut alamat terkini di JPN
3 - Pastikan Borang A diisi dengan betul.
4 - Borang A yang telah lengkap diisi dalam dua salinan hendaklah disertakan dengan salinan MyKad dan dihantar sendiri ke:

(A) Ibu Pejabat SPR, Putrajaya (link kepada alamat Ibu Pejabat);
(B) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri; atau (link kepada alamat PPN)
(C) Penolong-Pendaftar Pemilih Yang Dilantik Oleh SPR.

5 - Sila kepilkan salinan MyKad semasa menghantar permohonan
6 - Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda

Cara Mendaftar Melalui Pejabat Pos

1) Pertama kali, ambil nombor, selepas nombor dipanggil cakap "saya nak daftar sebagai pengundi".
2) Hulurkan No. Kad Pengenalan/ IC anda
3) Tidak perlu isi borang, sebab semuanya akan di key-in kedalam computer oleh kakitangan yang bertugas di kaunter.
4) Selepas borang telah siap diisi kemudian dicetak, anda hanya perlu turunkan tandatangan dan cap jari.
5) Selesai

Semakan Pemilih Secara Online

-Sila layari atau klik pada Semakan Daftar Pemilih dan Lokasi Mengundi

Selamat mendaftar sebagai pengundi pilihan raya!

No comments

Powered by Blogger.