Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017|UNTUK makluman anda, bagi yang mahu menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) untuk balik kampung atau bercuti bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 2017 tidak lama lagi, anda disarankan untuk mengikut jadual cadangan waktu perjalanan yang disediakan oleh pihak PLUS.

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017

Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017

Untuk pengetahuan anda, Hari Raya Aidilfitri akan disambut oleh semua penganut agama Islam di seluruh dunia pada hari Ahad bersamaan 25 Jun 2017 dan.

Berikutan itu, PLUS telah mengeluarkan jadual cadangan waktu perjalanan atau Time Advisory Travel (TTA) bersempena dengan cuti Hari Raya Aidilfitri.

Berikut dikongsikan TTA Jadual Perjalanan PLUS dari 21 Jun sehingga 3 Julai 2017 bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 seperti berikut:


Rebat Tol 30 Peratus

Pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sehingga 30 peratus kepada pengguna lebuhraya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017.

“Rebat tol 30 peratus tersebut ditawarkan sepanjang hari selama enam hari iaitu 19 hingga 21 Jun, 28 hingga 29 Jun dan 3 Julai. Ia merupakan sebahagian daripada langkah PLUS untuk mengagihkan trafik pada musim perayaan dan pada masa yang sama, menghargai sokongan orang ramai terhadap perkhidmatan lebuhraya PLUS,” kata Pengarah Urusan, Datuk Azman Ismail.

Maklumat Trafik Terkini

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya Utara-Selatan menerusi perkhidmatan Twitter plus trafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PlusLine 1800 88 0000, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih dan laporan trafik terkini yang disiarkan menerusi televisyen dan radio.

Semoga bermanfaat! Hati-hati dijalan raya, ingatlah orang tersayang!

No comments

Powered by Blogger.