5 Tips Diet Ketika Puasa Dengan Berkesan

5 Tips Diet Ketika Puasa Dengan Berkesan|ADAKAH anda ingin kurus sebelum raya ? Apakah rahsia diet ketika puasa? Nak tahu tips diet ketika puasa di sini supaya anda boleh tampil langsing sebelum berhari raya.

5 Tips Diet Ketika Puasa Dengan Berkesan

Bulan puasa sebenarnya membuka ruang untuk anda jadi bertambah gemuk! Tak percaya! Pengambilan makanan yang berlebihan, dan kurang melakukan aktiviti sampingan  boleh mengundang penambahan berat badan secara tidak langsung.

Ketika berpuasa metabolisme tubuh turut menurun sehingga pembakaran kalori menjadi lebih sedikit. Tambahan pula, saat berpuasa biasanya terjadi pergeseran antara sumber energi dan lemak. Lemak itu sendiri merupakan sumber energi kedua yang lebih mudah diolah daripada protein.

5 Tips Diet Ketika Puasa Dengan Berkesan

Berikut anda boleh amalkan diet ketika puasa ini dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan tubuh yang langsing:

1.Bersahur dengan kandungan tinggi protein

Kalori daripada karbohidrat sebenarnya terbakar lebih cepat daripada protein. Rasa lapar tidak boleh dihindari sepanjang berjam-jam berpuasa, tetapi anda boleh menundanya dengan makan makanan yang kaya dengan protein ketika bersahur dan karbohidrat kompleks yang tinggi serat seperti oatmeal, sayur-sayuran dan buah-buahan.

2.Makan secara perlahan-lahan dan jangan makan berlebihan

Diet ketika puasa akan menjadi lebih sempurna jika anda berbuka puasa dengan cara ala kadar atau simple sahaja. Berbuka untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh, dan bukannya memuaskan rasa lapar setelah anda seharian berpuasa.

3. Perbanyakan minum air putih ketika berbuka puasa

Anda akan mengalami dehidrasi jika tidak minum air secukupnya sepanjang bulan puasa ini terutama dalam keadaan cuaca yang sedang panas. Ketika berbuka puasa minumlah dua gelas air putih sebelum menjamah menu berbuka anda.

4.Hadkan pengambilan makanan yang manis

Makanan dan minuman manis amat diperlukan ketika berbuka puasa untuk mengembalikan kadar gula darah dalam tubuh agar kembali normal dengan cepat. Tetapi pastikan hadkan pengambilan kuih, kek, dan makanan manis yang lain setelah berbuka dan bersahur.

5.Lakukan senaman yang ringkas

Cara berkesan untuk diet ketika puasa adalah dengan melakukan senaman ringkas. Antaranya ialah:

-10-15 pushup
-10-15 squat
-1 minit jumping jacks
-10-15 bench dips
-1 minit jogging setempat

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.