Senarai Koleksi Ucapan Pantun Menarik Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Senarai Koleksi Ucapan Pantun Menarik Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017|MENJADI satu kelaziman apabila menjelang malam Aidilfitri (Hari Raya), maka di malam tersebut bermulalah sesi menghantar serta membalas ucapan pelbagai versi teks yang menarik sebagai tanda meraikan sambutan Aidilfitri.

Senarai Koleksi Ucapan Pantun Menarik Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Saya berharap semoga dengan perkongsian koleksi ucapan yang disertakan ini diharap memeriahkan lagi suasana menyambut Hari Raya Aidilfitri selain mengeratkan lagi hubungan silaturrahim atau persaudaraan sesama insan.

Senarai Koleksi Ucapan Pantun Menarik Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Berikut adalah koleksi ucapan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun 2017 bersamaan 1438 Hijrah untuk mereka yang mahu dedikasikan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau di WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram mahupun di jaringan laman media sosial yang lain:

               Senarai Koleksi Ucapan Pantun Menarik Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Koleksi Ucapan Dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Beli tepung gandum di kedai Isabella, Buat kuih bengkang di rumah cik Lili, Patut la lembu ngan kerbau cuak gila, Rupanya hari ini dah Raya Aidil Fitri!

Pergi ke masjid bersama abang Fikri,
Diajak bersama rakan dan taulan, Selamat hari raya Aidil Fitri,
Salah dan silap harap dimaafkan.

Mata kadang salah melihat.
Mulut kadang salah berucap.
Hati kadang salah menduga.
Maafkan segala kekhilafan.
Mohon maaf zahir dan batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Sukaria di Hari Raya,
Orang Tua Jangan dilupa,
Jasa mereka sangat berharga,
Kalaulah tiada mereka siapalah kita…

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Makan sudah bersalam pun sudah,
Duit raya jangan dilupa.

Kambing tua naik LRT,
Katak pisang tercekik tulang,
Walau SMS sahaja yang diberi,
Itu tandanya ingatan tidak hilang.

Bakar lemang sambil berdiri
Untuk juadah Aidilfitri,
Nak hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja pengganti diri,
Maaf Zahir dan Batin

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.

Ayam kampong tertelan sabun,
Terus ke hospital operation perut,
Ikhlas ku kirim serangkap pantun,
Mesra ikatan jalinan terpaut.

Cicak meninggal tetelan kurma,
Tidak bernyawa terbeliak mata,
ahad ni raya posa akan menjelma,
Tangan ku hulur maaf ku pinta.

Anak kucing terpijak duri,
Menjerit-jerit macam nak mati,
Whatsapp dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu dihati.

Kera tunggal makan delima,
Rasanya kelat tidak terasa,
Laungan takbir kini bergema,
Tanda syukur pada yang Esa.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri!

No comments

Powered by Blogger.