Mohammed Ghaddar Bakal Dilamar Oleh Pasukan JDT FC

MENJADI isu perbualan peminat setia bolasepak Malaysia tentang penyerang sensasi iaitu Mohammed Ghaddar, dari pasukan Kelantan yang dikatakan bakal dilamar oleh satu kelab liga tempatan dengan gaji 6 angka. Tetapi, persoalannya manakah pasukan yang cuba memancing Mohammed Ghaddar yang kini masih menjadi penjaring terbanyak liga dengan 16 gol yang berjaya dihasilkan? Adakah pasukan itu datangnya dari selatan?

Mohammed Ghaddar Bakal Dilamar Oleh Pasukan JDT FC

Adakah Menuju Ke Selatan

Persoalan ini terus menghantui dengan dikaitkan tersebarnya Instagram Story milik pemain JDT FC, Safawi Rashid. Terdapat sebuah gambaran formasi melibatkan pemain JDT. Dalam formasi tersebut, terdapat nama pemain JDT seperti Hazwan Bakri, Safiq Rahim, Marcos Antonio dan juga Nazmi Faiz.

Foto: Safawi Rashid

Samada adakah ia benar atau tidak? Sama-sama kita saksikan...

No comments

Powered by Blogger.