Cara Elak Daripada Jadi Mangsa Jenayah Kereta Klon

SEJAK akhir-akhir ini, kita sering disajikan dengan berita kereta mewah yang diklon dan dijual kepada orang ramai. Ramai yang terpinga-pinga apabila mengetahui mereka telah terbeli kereta klon, malah lebih teruk, menerima saman atas kesalahan yang tidak dilakukan.

Cara Elak Daripada Jadi Mangsa Jenayah Kereta Klon

Empat soalan di bawah harap-harap dapat membantu anda memahami sedikit sebanyak tentang apa itu kereta klon, dan bagaimana mahu mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

Apa itu Pengklonan Kereta?

1-Identiti kereta anda dicuri oleh penjenayah dan digunakan pada kenderaan lain untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

2-Pengklonan kereta juga dibuat oleh mereka yang melakukan kesalahan trafik dan enggan membayar saman.

Bagaimana Pengklonan Kereta Dibuat?

1-Penjenayah akan memindahkan nombor pendaftaran dan nombor casis palsu, lazimnya daripada kereta yang mengalami kerosakan penuh (total lost) akibat kemalangan, kepada kereta klon.

2-Kereta klon diberikan identiti baharu dengan segala dokumen disediakan seperti cukai jalan dan geran kenderaan untuk urusan jual beli.

Bagaimana Cara Kenalpasti Jika Anda Menjadi Mangsa?

1-Anda menerima notis saman kesalahan trafik yang anda tidak pernah lakukan.

2-Anda diminta memberi keterangan atas 'pembabitan' kereta itu dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.

3-Anda ditahan ketika sekatan jalan raya dan diberitahu kereta anda adalah kereta klon.

Cara Elak Daripada Jadi Mangsa Jenayah Kereta Klon

1-Ambil tahu perkembangan harga kereta semasa. Jangan beli jika harga yang ditawarkan jauh lebih murah daripada sepatutnya.

2-Periksa segala dokumen yang diberikan. Lebih baik, bawa ke Jabatan Pengangkutan Jalan terlebih dahulu dan periksa kesahihannya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Blogaqiem

No comments

Powered by Blogger.