6 Keistimewaan Bulan Ramadhan Yang Wajib Anda Ketahui

6 Keistimewaan Bulan Ramadhan Yang Wajib Anda Ketahui|BULAN ramadhan merupakan bulan istimewa bagi seluruh umat Muslim kerana dalam bulan ini terdapatnya satu malam lailatul qadar. Sayang sekali jika ada insan yang menyambut Ramadhan dengan persiapan yang biasa-biasa saja dan melalukan dengan aktiviti normal seperti bulan-bulan lain.

6 Keistimewaan Bulan Ramadhan Yang Wajib Anda Ketahui

6 Keistimewaan Bulan Ramadhan Yang Wajib Anda Ketahui

Apakah keistimewaan bulan Ramadhan? Berikut adalah beberapa di antaranya:

1. Puasa Ramadhan adalah rukun ketiga dalam Islam. Firman Allah Ta'ala:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan asas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (Al-Baqarah: 183).

Sabda Nabi:

Islam didirikan di atas lima sendi, yaitu: syahadat tiada sembahan yang hak selain Allah dan Muhammad adalah rasul Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji ke Baitul Haram. "(Hadis Muttafaq 'Alaih).

Ibadah puasa merupakan salah satu cara penting untuk mencapai takwa, dan salah satu sebab untuk mendapatkan ampunan dosa-dosa, melipatgandaan kebaikan, dan pengangkatan darjat.

2. Pada bulan Ramadhan diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi umat manusia dan berisi keterangan-keterangan tentang petunjuk dan pembeda antara yang hak dan yang batil.

3. Pada bulan ini disunatkan solat tarawih, yakni solat malam pada bulan Ramadhan, untuk mengikuti jejak Nabi, para sahabat dan Khulafah ar- Rasyidin.

Sabda Nabi:

"Barangsiapa mendirikan solat malam Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah) nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadis Muttafaq 'Alaih).

4. Pada bulan ini terdapat Lailatul Qadar (malam mulia), iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, atau sama dengan 83 tahun 4 bulan. Malam di mana pintu-pintu langit dibukakan, do'a dikabulkan, dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan.

Sabda Nabi:

"Barangsiapa mendirikan solat pada Lailatul Qadar kerana iman dan mengharap pahala, dari Allah nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (Hadits Muttafaq 'Alaih).

Malam ini terdapat pada sepuluh malam terakhir, dan diharapkan pada malam-malam ganjil lebih kuat daripada di malam-malam lainnya. Semoga Allah menerima amal ibadah kita, mengampuni, merahmati, dan mengabulkan do'a kita.

5. Pada bulan ini terjadi peristiwa besar iaitu Perang Badar, yang pada keesokan harinya Allah membezakan antara yang hak dan yang batil, sehingga memberi kemenangan kepada orang Islam dan kaum muslimin serta hancurlah syirik dan kaum musyrikin.

6. Pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat.

Betapa banyak barakah dan kebaikan yang terdapat dalam bulan Ramadhan. Maka kita wajib memanfaatkan kesempatan ini untuk bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan beramal soleh, semoga kita termasuk orang-orang yang diterima amalnya dan beruntung.

Semoga bermanfaat untuk anda bersama!

No comments

Powered by Blogger.