4 Langkah Mencegah Daripada Menjadi Mangsa ‘WannaCry' Ransomware

TAHUKAH anda tentang virus yang tengah menular diserata dunia iaitu WannaCry? Sekiranya terkena virus ini, semua data kita akan encrypt atau ditukar ke format yang tidak boleh dibaca, seterusnya kita akan diminta membayar wang tebusan berbentuk bitcoin. Masalah ini nampaknya menjadi lebih kritikal selepas lebih 99 negara terlibat dalam masalah ini.

               4 Langkah Mencegah Daripada Menjadi Mangsa ‘WannaCry' Ransomware

4 Langkah Mencegah Daripada Menjadi Mangsa ‘WannaCry' Ransomware

Untuk langkah berjaga-jaga, berikut adalah apa yang perlu anda lakukan:

1. Untuk pengguna Windows, pastikan anda mengemaskini Windows Update anda. Sekiranya anda menggunakan Windows versi cetak rompak (Crack) serta gagal untuk mengemaskini, komputer anda mungkin berisiko tinggi untuk dijangkiti dengan virus ini.

2. Elakkan guna public Wi-Fi yang disediakan seperti di hotel, hospital, kafe dan di mana-mana lokasi.

3. Sentiasa lakukan backup sekerap yang mungkin untuk data anda. Boleh gunakan ‘online shared folder’ juga seperti Google Drive & Dropbox.

4. Elakkan klik link dari emel yang tidak dikenali serta berhati-hati juga apabila membuka ‘attachment’ di emel.

                Image result for ransomware

Sekiranya anda ingin membuat sebarang aduan, anda boleh terus ke laman web ini atau hubungi MyCERT pada nombor 1 300 88 2999 dan +019 266 5850.

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.