Resepi Apam Kukus Coklat

MALAM ini ingin saya kongsikan satu resepi iaitu 'Resepi Apam Kukus Coklat' khas untuk anda. Tak perlu risau mudah saja untuk membuatnya dan jimat masa. Ingin tahu lebih lanjut, jom lihat resepi tersebut dibawah!

Baca juga: Resepi Apam Tepung Beras Yang Mudah

Resepi Apam Kukus Coklat

Resepi Apam Kukus Coklat

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum#
6 sudu besar serbuk koko#
1 sudu teh baking powder#
1/2 sudu teh soda bikarbonat#
1/2 sudu teh garam halus#
2 biji telur
1 cawan minyak sayur
1 cawan susu pekat manis
1 cawan gula halus
1 cawan air

Cara Membuat Apam Kukus Coklat:

1-Pertama kali, ayak bahan-bahan bertanda (#) di dalam mangkuk besar.

2-Masukkan sekali telur, minyak sayur, susu pekat, gula halus dan air ke dalam bahan ayak tadi. Kacau sehingga sebati menggunakan hand whisk dan rehatkan seketika selama 30 minit.

3-Kemudian, panaskan kukusan dan sapukan minyak di bahagian dalam acuan lompang.

4-Tuang adunan sehingga 3/4 penuh acuan.

5-Kukus selama 15-18 minit.

Selamat mencuba!

2 comments:

Powered by Blogger.