5 Rahsia Kekuatan Pasukan Kedah Musim 2017

TAHUKAH anda kini pasukan Kedah dibawah kendalian Tan Cheng Hoe amat digeruni mana-mana pasukan yang bertemu dengan skuad Helang Merah. Apakah rahsia disebalik kejayaan pasukan Kedah mengungguli Liga Super pada musim 2017 ini? Adakah pemain itu sendiri menjadi kekuatan skuad Hijau Kuning ini? Anda ingin tahu rahsia kekuatan pasukan Kedah?


5 Rahsia Kekuatan Pasukan Kedah Musim 2017

Berikut adalah beberapa rahsia kekuatan pasukan Kedah musim 2017:

1-Persiapan

Kedah pada musim ini masih mengekalkan skuad pemain yang sama dan tidak melakukan banyak perubahan. Antara muka baru yang dibawa pada musim ini iaitu Zachary Anderson, Ken Ilso, Sandro, dan 2 pemain tempatan, Fitri Omar dan Akram Mahinan.

2-Serangan


Setiap pasukan akan menumpukan bahagian jentera serangan masing-masing. Musim lalu, pasukan Kedah mempunyai Shane Smeltz dan Thiago Augusto yang menjadi nadi kekuatan dan kini mereka mempunyai penyerang prolifik yang hampir setiap perlawanan menjaringkan gol iaitu Ken Ilso. Selain Ken Ilso, Kedah juga mempunyai pemain seperti Sandro yang juga handal membuat umpanan ke hadapan dan mampu menjaringkan gol.

3-Jentera Tengah

Jentera bahagian tengah menjadi nadi kekuatan pasukan Kedah pada musim lalu. Kelincahan dan 'Individual Skill' Liridon Krasniqi menjadi sumber kekuatan dibahagian tengah selain dibantu oleh Akram Mahinan dan Amirul Hisyam yang cukup bijak mengawal bola dibahagian tengah.

4-Kekebalan Pertahanan


Kekebalan pertahanan pasukan Hijau Kuning dapat dilihat hasil empat pertahanan gandingan terbaik iaitu Rizal Ghazali, Zac Anderson, Khairul Helmi dan Fitri Omar. Rizal Ghazali amat sinonim dengan kelincahan dan kekebalan menjaga serangan musuh tidak sekali dinafikan lagi. Kehadiran pemain seperti Zac Anderson dan Fitri Omar memberi kekuatan tambahan untuk pasukan Kedah pada musim ini.

5-Taktikal Tan Cheng Hoe


Tan Cheng Hoe mempunyai taktikal dan falsafah tersendiri yang cukup jelas. Kedah pada musim ini menetapkan formasi yang cukup berkesan seperti 4-4-1-1 ataupun 4-3-2-1. Pemain seperti Syazwan Zainon, Baddrol Baktiar dan Liridon Krasniqi mampu bermain pelbagai sistem dan amat membantu pasukan Kedah pada musim ini.

Adakah pasukan Kedah pada musim 2017 ini mampu meraih sebarang piala kejohanan? 

No comments

Powered by Blogger.