Sinopsis Drama Dia Bidadariku (ASTRO)

NANTIKAN drama Dia Bidadariku lakonan hebat Erra Fazira dan Hisyam Hamid akan menggantikan Urusan Hati Cik Drama Queen bermula 6 Mac di saluran Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

Sinopsis Drama Dia Bidadariku (ASTRO)

Drama Dia Bidadariku telah diarahkan oleh pengarah terkenal, Aziz M Osman dan diterbitkan oleh Skop Production Sdn Bhd. Pelakon lain yang turut menjayakan drama bersiri 13 episod ini adalah Norman Hakim, Raja Ilya, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Wan Raja dan Salina Salbi.

Sinopsis Drama Dia Bidadariku

Dia Bidadariku mengisahkan tentang seorang wanita bernama Suri (Erra Fazira) yang memilih untuk hidup membujang selepas putus tunang lebih dari 15 tahun yang lalu. Hati Suri seolah kecewa dan tertutup buat insan bernama lelaki.

Suatu hari Ridzal (Norman Hakim) yang merupakan bekas tunang Suri muncul kembali untuk menagih cintanya. Sikap Ridzal seolah dia seorang lelaki yang psiko. Dalam masa yang sama muncul pula seorang lelaki bernama Ammar (Hisyam Hamid) yang mula tertarik pada Suri dan cuba untuk mendapatkan cintanya.

Antara Ridzal dan Ammar, siapa yang berjaya memenangi hati Suri?

Untuk mengetahui kesudahannya jangan lupa tonton Drama Dia Bidadariku pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10:00 malam hanya di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

Kredit Foto: Kepala Bergetar

No comments

Powered by Blogger.