Resepi Pau Inti Coklat

DAH lama betul tak rasa pau inti coklat. Kelmarin, akhirnya dapat juga rasa pau inti coklat. Memang sedap ahh! Nak tahu resepi 'Pau Inti Coklat'. Kali ini saya akan kongsikan Resepi Pau Inti Coklat khas untuk pengunjung setia blog ini.

 Resepi Pau Inti Coklat

Resepi Pau Inti Coklat

Bahan-bahan:
300g tepung gandum
1/2 tepung pau
6g baking powder
6g yeast
Gula halus
Sedikit garam
18g lemak sayur
Air suam

Cara Membuat Pau Inti Coklat:

1-Pertama kali, masukkan tepung, baking powder dan juga garam sekali. Kacau biar serata.

2-Campurkan air, yeast dan gula dalam bekas lain. Kacau sehingga gula larut.

3-Masukkan campuran no.2 tadi ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.

4-Kemudian, masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin dan buat bentuk bulat.

5-Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit

6-Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.

7-Tekan untuk keluarkan angin. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.

8-Selepas itu, ambikkan sebiji doh, canaikan dan letaklah inti coklat ditengahnya.

9-Setelah dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus dengan api selama 15-20 minit.

Memang mudah! Selamat mencuba dirumah...

4 comments:

  1. baru tadi makan pau, tapi inti kelapa 😉

    ReplyDelete
  2. Dulu saya tolong mak buat pau coklat la untuk jual kat tender kantin sekolah, hehehehe. Dah lama tak meniaga. Untuk makan sendiri pun sedap juga kan.

    ReplyDelete
  3. favourite Nurul !! ^^


    http://www.syahirahvaliant.com/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.