Belian Barangan Runcit Secara Online di 'Honestbee'

Belian Barangan Runcit Secara Online di 'Honestbee'|BARU-BARU ini terjumpa satu tempat belian barangan runcit secara online di 'Honestbee'. Apa yang menarik sebenarnya Honestbee dan kemudahan yang anda boleh dapat dari Honestbee. Sedangkan sebelum ini tidak pernah tahu tentang kewujudan Honestbee yang ternyata sudah ada di Malaysia. Bagi anda yang belum kenali Honestbee bolehlah anda buat research mulai sekarang. Memang berbaloi membuat pembelian barangan runcit secara online di Honestbee.


Bagi anda yang terlalu sibuk sehingga tidak sempat membeli barangan runcit, mulai sekarang anda boleh beli barangan runcit secara online sahaja di Pembelian secara online di Honestbee dan disediakan juga perkhidmatan penghantaran barang ke pintu rumah anda. Memang senang kan!

Honestbee memang popular di Singapura sejak tahun 2015 lagi dan kini menyasarkan ke negara Malaysia pada tahun ini. Apa yang disediakan di Honestbee selain barangan runcit? Di Honestbee, anda bukan sahaja boleh membeli barangan runcit sahaja malah disediakan barangan lain seperti kek, bunga, buah-buahan dan macam-macam lagi. Klik sini - Senarai barangan runcit ada di Honestbee



Dengan kemudahan yang ada di Honestbee, ia boleh menjimatkan masa dan lebih mudah. Penghantaran barangan runcit di Honestbee ke rumah hanya mengambil masa selama sejam sahaja. Untuk makluman anda, buat masa kini khidmat penghantaran hanya di kawasan Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Subang sahaja.


Bagi anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang belian barangan runcit secara online di Honestbee bolehlah ke laman Honestbee atau memuat turun aplikasi Honestbee di App Store atau Google Play.

Jika anda berminat mengetahui apa yang ada di Honestbee, klik sini -  Panduan Belian Barangan Runcit di Honestbee

No comments

Powered by Blogger.