5 Tempat Menarik Bercuti di Sabah

NEGERI Sabah amat sinonim dengan tempat pelancongan yang kaya dengan tarikan alam semulajadi terutama pantai dan pulau. Selain mempunyai keunikan alam semulajadi, Sabah juga terkenal dengan tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi. Jom lihat tempat menarik dibawah!

5 Tempat Menarik Bercuti di Sabah

5 Tempat Menarik Bercuti di Sabah

1-Balung River Eco Park

Merupakan destinasi percutian di hutan hujan tropika yang sangat popular. Chalet disini dibina dengan menggunakan batu sungai serta daripada pokok balak. Antara aktiviti menarik yang anda boleh cuba seperti meredah hutan, melihat burung, hiking, berbasikal dan lain-lain lagi.

2-Weston Wetland Park

Terletak kira-kira 100 km dari bandar Kota Kinabalu. Anda boleh mencuba aktiviti river safari untuk melihat binatang-bintang eksotik di kepulauan Borneo seperti monyet belanda, long tail macaques dan lain-lain lagi.

3-Pulau Sipadan

Digelar pulau yang paling popular di Sabah dan sering menjadi tapak penggambaran untuk Discovery Channel dan National Geographic. Apa yang menarik disini menjadi kegilaan penyelam untuk melihat keindahan fenomena barracuda tornado.

4-Aquarium & Marine Museum

Terletak di kampus Universiti Malaysia Sabah yang menawarkan beberapa aktivit menarik seperti pameran terbuka terumbu karang, melihat tengkorak ikan paus dan macam-macam lagi.

5-Pasar Filipina

Merupakan destinasi untuk membeli barangan kraftangan atau cenderahati seperti mutiara, hiasan dalaman, keychain dan aksesori wanita. Selain itu, pada waktu malam disini terdapat juga gerai-gerai makanan laut yang sungguh menyelerakan dan terbaik ada di Sabah.

Bagi anda ingin pergi bercuti atau melancong, anda patut cuba datang sendiri ke Negeri Sabah yang mempunyai keunikan alam semulajadi dan tempat menarik yang tersendiri.

No comments

Powered by Blogger.