5 Tempat Menarik Bercuti di Korea Selatan

SEBUT sahaja Korea mesti anda terbayang artis K-Pop yang menjadi kegilaan para remaja pada masa kini ataupun sebuah rancangan televisyen sangat popular terutamanya di negara Asia iaitu Running Man. Apa yang menarik ada di Korea Selatan? Jom lihat dibawah!

               Image result for 5 Tempat Menarik Bercuti di Korea Selatan

5 Tempat Menarik Bercuti di Korea Selatan

1. Gyeongbokgung

Gyeongbokgung merupakan istana yang paling utama dan terbesar pada era pemerintahan Dinasti Joseon. Senibina Gyengbokgung masih dikekalkan dan diabadikan untuk tatapan anak muda Korea dan juga pelancong di seluruh dunia. Jika anda berjalan sehingga ke pintu belakang Gyeongbokgung, anda akan sampai ke Korean Blue House iaitu tempat kediaman dan pejabat rasmi Presiden Korea Selatan.

2. Insa-dong

Jika anda bercadang untuk membeli hadiah atau cenderamata dari Korea untuk keluarga, sahabat dan orang tersayang di tanah air, datanglah ke Insa-dong.Jalan ini dipenuhi dengan pelbagai kedai yang menjual cenderamata pada pada harga yang berpatutan. Satu bonus jika anda pandai berbahasa Korea kerana anda boleh tawar menawar dengan penjual.

               Image result for Myeongdong

3. Myeongdong

Salah satu tempat menarik di Korea ialah Myeongdong. Ia merupakan syurga fesyen dan kosmetik di Korea. Yang menariknya, setiap jenama kosmetik Korea mempunyai cawangan di Myeongdong. Oleh itu, persaingan benar-benar sengit kerana terdapat beribu-ribu kedai kosmetik dan kedai penjagaan kulit. Bagi anda yang mencari restoran halal di sini, terdapat dua pilihan iaitu Restoran Saffron (makanan Arab) dan Restoran Agra (makanan India) dan harganya tidak terlalu mahal.

4. Cheonggyechon Stream

Cheonggyechon Stream merupakan salah satu tempat menarik di Korea. Walaupun ia merupakan anak sungai yang mengalir di tengah-tengah bandar Seoul, namun kebersihannya terjaga dan keindahan terpelihara. Yang menariknya, punca air sungai ini diperolehi dari mata air bawah tanah. Kini, anak sungai Cheonggyechon merupakan lokasi untuk warga Korea berehat selepas penat berkerja. Pemandangan di sepanjang anak sungai ini amat indah dan unik terutamanya pada waktu malam. Terdapat air pancut dan air terjun di permulaan sungai dan pelbagai ukiran seni di sepanjang tebing sungai.

5. Lotte World dan Samsung Everland

                Image result for Lotte World dan Samsung Everland

Lotte World ini mempunyai taman tema indoor dan outdoor ini memang hebat. Terdapat pelbagai permainan yang boleh menyebabkan adrenaline anda mengalir laju. Anda juga boleh memilih untuk pergi ke taman tema yang besar di Seoul iaitu Samsung Everland.

Bagi anda yang ingin mencari tempat menarik untuk bercuti, bolehlah buat pilihan pergi melancong atau bercuti di Korea Selatan!

1 comment:

  1. lotte world paling win! kalau ke korea tempat tu mesti ada dlm itinerary.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.