5 Tempat Menarik Bercuti di Maldives

BAGI anda yang suka pergi melancong atau bercuti di luar negara anda patut sendiri datang ke Maldives. Apa yang menarik ada di Maldives? Maldives juga disebut sebagai Maladewa yang merupakan salah satu pulau tercantik di dunia. Selain mempunyai pantai-pantai yang cantik, Maldives juga terdapat pelbagai tempat menarik yang anda boleh kunjungi.

                5 Tempat Menarik Bercuti di Maldives

5 Tempat Menarik Bercuti di Maldives

1-Pulau Cocoa

Sebut saja tentang Pulau Cocoa, mesti semua sudah tahu dengan kecantikan pemandangan pantai di sana. Pasti yang datang ke sini tidak akan lepaskan peluang aktiviti scuba diving yang sungguh menyeronokkan.

2-Biyadhoo Island Resort

Merupakan salah satu resort di Pulau Biyadhoo yang menawarkan suasana tenang dan pemandangan yang memikat setiap yang datang ke sini. Biyadhoo Island dianggap sebagai rumah karang terbaik Maldives. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan seperti menyelam / diving, snorkeling, dan pelbagai sukan air lain.

3-Alimatha Resort

                       Image result for Alimatha Resort

Salah satu pulau yang letaknya di timur Maldives, tepatnya Atol Vaavu. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan antara lain adalah diving, snorkeling, dan pelancongan pantai yang disokong kemudahan yang lengkap. Pulau yang satu ini selain kaya akan pantai cantik, ia juga kaya akan laman bersejarah yang membuat anda takjub. Pulau ini disyorkan sebagai destinasi pelancongan anda tatkala bercuti di Maldives.

4-Muzium Nasional Maladewa

Apabila anda ingin menikmati pelancongan selain pantai di Kepulauan Maldives, anda boleh berkunjung ke Muzium Nasional Maldives. Di sini, anda boleh saksikan beraneka ragam peninggalan bersejarah masa Kerajaan Buddha.

Sebagai tempat yang bersejarah tentunya muzium ini mempunyai banyak koleksi. Koleksi tersebut mulai dari dari artifak, pakaian dan kasut, duit syiling, perhiasan, senjata dan baju besi.

5-Pulau Vaadhoo

Pulau yang mempunyai populasi penduduknya kurang lebih 500 orang ini terkenal dengan pesona alam yang sungguh memukau. Sebuah fenomena alam yang menjadi daya tarikan bagi para pelancong adalah adanya phytoplankton yang bersifat memancarkan cahaya yang sungguh terang. Jika anda bernasib baik apabila datang ke Maldives, anda boleh menyaksikannya.

Memang menarik ahh tempat pelancongan yang ada di Maldives. Pasti setiap datang ke Maldives tidak akan lepaskan peluang perhi ke tempat yang saya kongsikan itu. Sungguh menakjubkan!

2 comments:

  1. patut la ramai kawan sya berangan nak ke maldives..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.