5 Tanda Anda Perlu Minum Lebih Air Putih

TAHUKAH anda air putih adalah bahan penting yang diperlukan oleh tubuh. Sebahagian besar tubuh manusia terdiri daripada cecair. Untuk boleh menjalani aktiviti dengan baik ketersediaan air yang cukup dalam tubuh pasti sangat diperlukan. Jika tubuh kekurangan cecair, tubuh mampu saja mengalami dehidrasi.

5 Tanda Anda Perlu Minum Lebih Air Putih

Berikut adalah 5 tanda tubuh mengalami dehidrasi dan memerlukan lebih banyak air:

1-Bau Nafas Kurang Enak

Tanda tubuh kita memerlukan lebih banyak air adalah nafas bau yang keluar dari mulut. Orang-orang akan menjauhkan diri apabila anda mempunyai bau nafas yang buruk. Minum lebih banyak cecair akan membasuh mulut yang kering dari sisa makanan, bakteria dan kotoran lain yang ada di tekak. Selain itu meminum air juga membantu

2-Air Kencing Berwarna Kuning Gelap

Cecair air kencing yang berwarna kuning gelap merupakan tanda tubuh mengalami dehidrasi dan memerlukan lebih banyak cecair. Selain kekurangan cecair, air kencing yang berwarna keruh bahkan kecoklatan merupakan tanda bahawa buah pinggang perlu bekerja lebih keras untuk menapis kekotoran dalam tubuh, walaupun penggunaaan ubat-ubatan dan juga penyakit tubuh turut memberi kesan kepada gelapnya warna air kencing ini. Meminum lebih banyak air membantu untuk menjernihkan warna air kencing.

3-Jarang Buang Air Kecil

Kebiasaannya orang akan buang air kecil 6 hingga 8 kali sehari dengan andaian cecair di dalam badan mencukupi. Jika kekerapan untuk buang air kecil kurang daripada 6 kali, kemungkinan besar ketersediaan air dalam tubuh sangat kurang.

4-Merasa Sangat Lelah

Jika anda merasa tidak bertenaga dan merasa sangat lelah ini tanda langsung bahawa tubuh kekurangan cecair. Tubuh mengambil cecair dari darah yang automatik membuat volume darah menurun dan mengakibatkan keupayaan sistem tubuh untuk mengepam oksigen juga berkurang.

5-Inginkan Makanan Manis

Apabila tubuh mengalami dehidrasi, otak mengarahkan untuk mencari makanan yang manis-manis saat rasa haus dan lapar menyerang. Anda akan tergoda mencari cemilan atau minuman kemasan saat tubuh merasa haus atau lapar. Berbanding dengan air putih yang sebetulnya diperlukan tubuh, anda mungkin lebih tertarik untuk mencari junk food yang malah akan membuat berat badan anda berlebihan.

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.