Xpax Menawarkan Dua Kali Ganda Data Sempena Tahun Baru Cina

SEMPENA Tahun Baru Cina menjelang tiba dan seperti biasa di negara yang aman makmur dengan pelbagai lapisan bangsa, perayaan sebegini turut diraikan oleh semua rakyat dan juga jenama-jenama ternama. Sekiranya terdapat sesetengah jenama peranti menawarkan peranti mereka pada harga promosi, Celcom turut menawarkan sesuatu yang khas untuk pelanggannya sempena Tahun Baru Cina ini.

                        

Berita baik bagi anda yang menggunakan Xpax dari Celcom, bersempena sambutan Tahun Baru Cina ini, terdapat tambahan khusus untuk pelan prabayar yang mudah difahami disamping tidak mengelentong pengguna. Sekiranya anda sudahpun melanggan Xpax dari Celcom, anda boleh membeli Add On Facebook, Youtube atau Late Night Internet (sebelum ni dikenali sebagai Internet Burung Hantu) yang terdapat pada nilai RM 1 dan RM 7, bagi memperoleh dua kali ganda lebih data berbanding pada waktu biasa.

Menerusi promosi ini, pakej seperti Internet Larut Malam atau lebih popular dengan nama digelar Internet Burung Hantu, kuota data Facebook dan YouTube akan digandakan. Seperti contoh sekiranya anda telahpun melanggan internet secara mingguan, dan inginkan lebih kuota data, pembelian RM 7 akan memberikan anda 20GB data berbanding 10GB data pada hari biasa. Begitu juga dengan Facebook dan YouTube yang memberikan anda masing-masing 20GB data. Dengan data yang sebanyak ini anda boleh menonton rancangan YouTube anda sepuasnya atau melayari Facebook dengan lebih kerap pada waktu promosi ini.

Untuk mendapatkan tambah nilai sebegini, anda hanya perlu memasukkan kod ringkas, dan ia akan menggunakan kredit prabayar anda. Perlu diingatkan yang mana promosi ini hanya sah bermula 16 Januari sehingga 28 Februari, namun dengan tempoh menjangkau dua bulan ini, ia seharusnya menjadi satu pilihan yang tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

Jangan lupa dapatkan kredit percuma RM 8 sempena Tahun Baru Cina ini apabila anda melanggan pelan internet bulanan RM 50 menggunakan aplikasi Xpax pada telefon pintar anda.

No comments

Powered by Blogger.