Selebriti Popular Korea Dilanda Virus Pedang Goblin

TRENDING drama Korea berjudul Goblin atau Guardian: The Lonely and Great God yang dibarisi pelakon hebat Gong Yoo, Lee Dong Wook , Kim Go Eun, Yoo In Na dan Yook Sung Jae yang melabuhkan tirai pada 21 Januari di Saluran TV Korea (TVN) telah mencetus satu fenomena baru di Korea Selatan.

               Selebriti Popular Korea Dilanda Virus Pedang Goblin

Bahkan virus drama ini jauh lebih hebat berbanding drama Descendents Of The Sun lakonan Song Joong Ki dan Song Hye Kyo sehingga babak Gong Yoo yang memegang watak Goblin dihunus pedang di dadanya trending dan menjadi ikutan netizen Korea.

Ramai peminat drama ini telah membuat parodi babak berkenaan di laman sosial termasuklah beberapa Selebriti Korea seperti Roy Kim, Tae Yeon (Girls Generation), Seol Hyun (AOA) , Yoon Gyun Sang, Park Ji Yoon dan Kim Soo Hyun dengan diselitkan  komen menarik dari artis popular ini.

               
      Foto Instagram Seol Hyun & Tae Yeon

Sementara itu, pelakon utama drama ini baru saja menyiarkan foto terima kasih dan tanda sayang  mereka terhadap peminat yang menonton drama yang memonopoli rating TV di Korea.

               

Netizen Korea juga menggambarkan bahawa Goblin jauh lebih baik berbanding Descendants of The Sun.

Kehebatan lakonan Tunjang utama drama ini iaitu Gong Yoon dan Lee Dong Wook yang masing-masing mula mencipta nama menerusi drama Coffee Prince dan My Girl turut membuatkan drama ini digilai semua lapisan masyarakat Korea.

Tambahan lagi, Gong Yoon yang kembali menyinar tahun lalu menerusi filem Train To Busan yang mendapat perhatian dunia. Drama ini juga berjaya menepiskan drama lain yang menampilkan hero dan heroin popular seperti drama Hwarang: The Beginning dan Legend Of The Blue Sea.

No comments

Powered by Blogger.