Resepi Kek Pisang Kukus Moist Yang Enak

MALAM ini Lokman nak kongsikan satu resepi istimewa khas untuk pengunjung setia blog ini iaitu Resepi Kek Pisang Kukus Moist Yang Enak. Cara membuatnya pon amat mudah sekali! Tapi bagaimana caranya?

Resepi Kek Pisang Kukus Moist Yang Enak

Disini saya akan kongsikan bahan-bahan dan cara membuat resepi kek pisang kukus moist ini. Jom lihat resepi dibawah:

Bahan-Bahan:

4 biji telur
170 gram gula
170 gram marjerin
300 gram pisang yang sudah dilecek
250 gram tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil baking soda
1/8 sudu kecil garam

Cara Membuat:

1- Pertama kali, campurkan tepung, serbuk penaik, baking soda, dan garam ke dalam mangkuk besar.

2-Cairkan marjerin dengan cara dimasukkan ke gelombang mikro selama 1 minit. Tuangkan di mangkuk kecil dan biarkan sehingga sejuk.

3-Kemudian, campur telur dan gula sehingga mengembang dan berwarna kuning pucat.

4-Masukkan marjerin cair ke dalam campuran telur.

5-Tambah pisang lecek ke dalam campuran tersebut.

6-Selepas itu, tambahkan campuran tepung dan kacau hingga sebati.

7-Akhir sekali, kukus pada suhu tinggi selama 45 minit.

Selamat mencuba di rumah!

No comments

Powered by Blogger.