Malaysia Kini Memperkenalkan Sistem Penghadang Jalan Beroda Yang Lebih Selamat

                 Image result for penghadang jalan keselamatan beroda

Satu peningkatan keselamatan yang baik dilakukan Malaysia apabila memilih untuk meningkatkan kualiti keselamatan jalan raya dengan memperkenalkan sistem penghadang jalan beroda. Sejak akhir-akhir ini kita banyak menerima berita yang membabitkan kemalangan jalan raya, sebahagian daripadanya pula sehingga melibatkan kemalangan jiwa.

Kami lihat ini satu solusi yang baik dicapai pihak bertanggungjawab dalam menangani masalah ini. Menurut pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Malaysia bakal menggunakan teknologi sistem penghadang jalan beroda di kawasan-kawasan yang kerap berlakunya kemalangan seperti dibahagian selekoh berbahaya.

Teknologi tersebut dikenali sebagai ‘Rolling Barrier’ yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat ETI dari Korea Selatan. Namun, dalam pada itu teknologi berkenaan akan menjalani tempoh percubaan selama dua tahun sebelum dinilai dan dipertimbangkan untuk diperluaskan ke jalan raya yang lain.

                 Image result for penghadang jalan keselamatan beroda

                 Image result for penghadang jalan keselamatan beroda

Menurutnya lagi, ada beberapa perkara lagi yang boleh diambil untuk diaplikasi di Malaysia dan ini mungkin boleh menjadi projek perintis seperti penghadang jalan beroda dan akan laksanakan di Subang iaitu dipasang di kawasan yang penuh sesak.

No comments

Powered by Blogger.