Cara Membuat Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

Cara Membuat Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah |KALI ini saya ingin kongsikan cara buat surat rasmi tidak hadir ke sekolah. Mesti anda ingin mohon cuti sekolah, tapi tidak tahu caranya. Berikut disertakan contoh surat rasmi memohon cuti daripada pihak sekolah sekiranya pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah tanpa sijil sakit ataupun atas sebab-sebab lain yang kukuh atau munasabah.

               

Surat rasmi memohon cuti sekolah ini penting untuk memastikan rekod berhenti sekolah kelak pelajar yang baik dan tiada mempunyai rekod kesalahan ponteng sekolah.

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah 

Muhamad Lokman Nurhakim B. Ramli
No. 85 Jalan 5
09000 Kulim
Kedah Darul Aman
___________________________________________

Guru Kelas 5S2
SMK Sultan Badlishah
Jalan Lunas,
09400 Lunas,
Kedah Darul Aman                        

25/11/2016

Tuan / Puan,

PER: TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk kepada perkara diatas, saya Zalina Ros Bt. Mohamed waris penjaga Muhamad Lokman Nurhakim B. Ramli ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 20/11/2016.

2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mengalami demam panas yang bermula 18/11/2016 setelah pulang dari sekolah.

3. Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 18/11/2016 Dengan itu, saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.

Saya ingin meminta maaf diatas kejadian dan berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan surat ini.

Sekian terima kasih.

Yang Benar,
(Zalina Ros Binti Mohamed)

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda yang ingin membuat surat rasmi tidak hadir ke sekolah.

Baca juga: Contoh Surat Cuti Sekolah Yang Mudah

Kredit Foto: Panduan Malaysia

No comments

Powered by Blogger.