6 Khasiat Buah Delima Yang Anda Perlu Tahu

TAHUKAH anda tentang khasiat buah delima? Buah delima ialah salah satu buah yang dikenali pada zaman dahulu, terdapat dalam tulisan dan artifak dalam kebanyakan budaya dan agama. Buah yang kaya dengan nutrien dan anti-oksida ini dilambangkan sebagai simbol kesihatan, kesuburan dan hidup yang berpanjangan.

                  Image result for buah delima

Berikut adalah 6 khasiat Buah Delima yang perlu anda tahu:

6 Khasiat Buah Delima

1. Buah Delima dipenuhi dengan nutrisi yang penting

Dikategorikan sebagai beri, buah delima berwarna merah, bulat dan berbentuk seperti epal merah. Kulit buah delima tebal dan tidak boleh dimakan, tetapi didalamnya terdapat beratus-ratus biji yang boleh dimakan dipanggil arils. Buah delima juga mengandungi kandungan nutrien yang banyak antaranya fiber, protein, vitamin c, vitamin k, potasium dan folat.

2. Buah Delima mampu merendahkan tekanan darah

Tekanan darah tinggi boleh membawa kepada serangan jantung dan strok. Dalam satu kajian, orang yang mempunyai tekanan darah yang tinggi, boleh mengurangkan tekanan darah dengan mengamalkan jus delima secara konsisten.

3. Jus Delima boleh mengurangkan risiko menghidapi penyakit jantung

Asid punicic, asid lemak utama dalam delima, dapat membantu melindungi daripada terjadinya proses sakit jantung. Satu kajian menunjukkan kesan positif pengamalan jus delima terhadap dua orang yang menghidapi diabetis jenis 2 dan kolesterol tinggi. Mereka mendapati terdapat penurunan dengan mengamalkan jus delima secara konsisten.

4. Jus Delima boleh membantu merawat mati pucuk

Kerosakan oksidatif boleh menjejaskan aliran darah keseluruh badan termasuk tisu erektil. Jus delima terbukti memberi manfaat dalam meningkatkan aliran darah dan tindak balas ereksi. Ianya kerana kandungan anti-oksidanya yang tinggi membantu dalam melancarkan lagi aliran darah pada tubuh.

5. Buah Delima mempunyai kesan anti-radang

Keradangan kronik adalah antara pemacu utama pelbagai penyakit pembunuh. Ini termasuk penyakit jantung, kanser, diabetes jenis 2, penyakit Alzheimer dan juga obesiti. Delima mempunyai ciri-ciri anti-radang yang kuat, yang sebahagian besarnya diselesaikan oleh sifat-sifat antioksidanya.

6. Buah Delima dapat membantu melawan kanser prostat

Apa itu kanser prostat? Kanser prostat adalah jenis kanser yang terjadi di kalangan lelaki. Kajian makmal telah menunjukkan bahawa ekstrak buah delima boleh melambatkan pembiakan sel kanser, dan juga mendorong apoptosis (kematian sel) dalam sel-sel kanser.

Tidak dapat dinafikan, banyak khasiat buah delima yang memberi manfaat pada tubuh kita. Pengamalan Jus delima secara konsisten ternyata memberi kesan baik untuk kesihatan kita.

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.