5 Tempat Menarik Bercuti di Paris Yang Wajib Anda Kunjungi

KALI ini saya ingin kongsikan tempat-tempat menarik yang harus anda kunjungi di Paris. Paris amat dikenali sebuah kota yang mempunyai pemandangan yang unik dan cantik terutama bangunan 'Eiffel Tower' yang sungguh mengagumkan. Bagi anda yang datang ke Paris, mesti anda tidak akan melepaskan peluang lawati tempat-tempat menarik yang ada disini. Apa yang menarik ada di Paris? Jom lihat dibawah ini:

5 Tempat Menarik Bercuti di Paris Yang Wajib Anda Kunjung

5 Tempat Menarik Bercuti di Paris Yang Wajib Anda Kunjungi

1-Eiffel Tower

Merupakan salah satu tempat menarik yang ada di Paris. Pasti setiap pengunjung yang datang ke Paris, mesti datang ke Eiffel Tower ini. Dari Menara Eiffel, perkara lain yang boleh dilakukan adalah menghantar kad pos secara langsung di tempat dan jangan lupa juga untuk membeli oleh-oleh untuk keluarga anda. Eiffel Tower telah dibina pada tahun 1887-1889 dalam rangka perayaan abad revolusi Perancis yang dimana pernah mendapat kritikan daripada seluruh Perancis.

2- Jambatan Pont des Arts

Jambatan Pont des Arts digelar bandar yang paling romantis di dunia, yang membawa erti anda yang sudah punya pasangan wajib hukumnya untuk datang ke Pont des Arts yang merupakan jambatan yang menyumbat mangga cinta setiap pasangan datang kesini. Jambatan di atas Seine River yang menghubungkan antara Louvre Museum dan Institut de France ini adalah jambatan yang dibina khusus untuk para pejalan kaki.

Dibina pada tahun 1981-1984, jambatan ini mempunyai lebar 11 meter dan panjang 155 meter dan dulunya dibina sebagai pengganti dari jambatan lama yang mengalami kerosakan dan dikaitkan simbol demi cinta yang abadi di tempat ini.

3- Muzium Louvre

                        Image result for Muzium Louvre

Tidak jauh dari Pont des Arts, anda boleh berkunjung ke sebuah muzium terkenal iaitu Muzium Louvre yang dulunya diketahui adalah istana kerajaan Perancis. Muzium Louvre termasuk di dalam senarai muzium paling besar di dunia dan semestinya menjadi yang paling popular di Paris. Mengandungi kira-kira 380 ribu objek pameran lebih dan karya seni yang berjumlah 35 ribu, yang paling terkenal di dunia adalah lukisan Mona Lisa yang dilukis oleh Leonardo da Vinci.

4- Seine River

Belum lengkap percutian anda jika belum sampai di Seine River. Dari sungai inilah anda bersama keluarga boleh belayar dan mengelilingi kota Paris . Satu cara paling disyorkan di sini adalah dengan menaiki kapal persiaran. Anda sendiri akan nikmati segala keindahannya, bahkan di dalam kapal pun anda boleh memandang indahnya kota Paris sambil makan malam romantis atau makan tengah hari.

5- Le Marais

                        Image result for Le Marais

Apa yang menarik di Le Marais ini? Le Marais merupakan sebuah daerah yang penuh dengan sejarah di Paris. Bagi anda yang sangat gemarkan seni bina, anda patut datang kesini. Ada banyak sekali gedung atau bangunan yang menakjubkan dengan seni bina yang mengandungi nilai sejarah penting.

Banyak tempat-tempat menarik yang ada di Kota Paris ini! Bagi anda yang gemarkan bercuti, anda patut lawati ke Paris sendiri!

No comments

Powered by Blogger.