Tawaran Jualan Steam Sale Musim Sejuk Akan Bermula Esok


Hari paling dinantikan setiap peminat permainan PC ialah Steam Sale. Setiap tahun hari gembira ini disambut dengan rakan taulan atas talian dan bil kad kredit yang melambung secara mendadak. Bagi yang mahu membeli permainan pada harga yang murah, tawaran yang diberikan oleh jualan Steam memang tidak boleh dibiarkan.

Steam Sale untuk musim sejuk disahkan bermula hari esok 22 Disember dan berakhir pada 2 Januari. Ini diumumkan sendiri oleh PayPal UK yang turut melakukan pengumuman yang sama tahun lalu.

Bagi mereka yang mahu menghabiskan cuti panjang Hari Krismas dan Tahun Baru dengan bertapa di hadapan PC esok ialah hari anda.

Sumber: PayPalUK

No comments

Powered by Blogger.