Tahniah! Harith Iskander Dinobat Sebagai Juara Funniest Person In The World 2016


Siapa tak kenal dengan pelawak terkemuka Malaysia, iaitu Harith Iskander telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan Funniest Person in The World (Manusia paling lawak dalam dunia) sebentar tadi sekali gus membawa pulang hadiah berjumlah AS $ 100,000 (RM 400,000)

Kemenangan Harith itu diumumkan oleh pengajur acara tersebut, Laugh Factory menerusi Facebook rasmi mereka.

Laugh Factory juga mengucapkan tahniah kepada Harith Iskander di dalam pengumuman tersebut.

Di dalam final pertandingan tersebut, Harith berentap dengan pelawak dari India, Filipina, Greece dan Israel.

Pertandingan Funniest Person in The World 2016 menyaksikan penyertaan daripada pelawak-pelawak dari 20 buah negara bagi merebut gelaran manusia paling lawak bagi 2016.

Tahniah diucapkan kepada Harith Iskander yang telah membanggakan nama Malaysia di mata dunia!


No comments

Powered by Blogger.