Siapakah Ferenc Puskás, Pemain Legenda Di Sebalik Anugerah FIFA Puskás

                 Image result for ferenc puskas

Sejarah tercipta buat negara apabila gol pemain tengah Penang, Faiz Subri berjaya berada di peringkat akhir top 3 Anugerah FIFA Puskás. Faiz merupakan pemain Asean pertama yang berjaya ke top 3 dalam anugerah ini. Tahniah diucapkan kepada Faiz Subri!

Seperti yang semua sudah sedia maklum, Anugerah FIFA Puskas adalah anugerah untuk mengiktiraf gol cantik yang dijaringkan pemain dari serata dunia. Siapakah dia insan di sebalik nama Puskás ini? Mesti tidak tahu kan!

Ferenc Puskás dilahirkan pada 1 April 1927. Beliu bermain untuk Hungary dan sememangnya seorang striker yang profilik. Rekod gol beliau adalah 84 gol dalam 85 perlawanan kebangsaan dan 514 gol dalam 529 perlawanan liga. Sepanjang kariernya beliau cuma bermain untuk tiga kelab contohnya Kispect, Budapest Honvéd dan Real Madrid.

Ketika era 1950an dan 1960an, Puskás adalah antara pemain ternama di era itu. Beliau beraksi di Real Madrid ketika usianya 31 tahun dan meninggalkan impak yang besar pada Real Madrid. Peminat sebenarnya terkejut dengan kehadiran Puskás di real Madrid kerana satunya beliau sudah berusia dan keduanya pasukan Real Madrid sudah mempunyai ramai star ketika itu. Puskas menepis semua kritikan itu apabila beliau menyumbat 180 gol dalam 156 perlawanan bersama Real Madrid.

                Image result for ferenc puskas

Real Madrid turut mengiktiraf Puskás sebagai ‘pemain kaki kiri terbaik pernah bermain di Santiago Bernabéu’. Beliau turut mempunyai nama timangan yang diberi kepadanya oleh peminat iaitu Pancho dan Cañoncito pum. Ketika di Real Madrid, beliau sempat bermain bersama legenda Real Madrid yang lain antaranya Alfredo Di Stéfano, Kopa, Rial, Santamaría, Gento dan Domínguez.

Beliau meninggal dunia pada 17 November 2006 dan sebagai tribute untuk pemain hebat ini, sebuah anugerah diberi atas namanya iaitu Anugerah Puskás FIFA, sebuah anugerah untuk mengiktiraf gol cantik dari serata dunia yang dimulakan pada tahun 2009. Pemenang untuk anugerah Puskás yang pertama adalah Cristiano Ronaldo, gol knuckleball yang beliau jaringkan menentang Porto ketika Ronaldo masih menyarungkan jersi Manchester United.

Dengan kehebatan dan abiliti beliau menjaringkan gol, memang tepat untuk meletakkan nama Puskas pada anugerah ini. Ramai beranggapan namanya yang unik menjadikan beliau the one and only great Puskas dan nama yang tepat untuk anugerah ini.

All the best buat Faiz Subri untuk Anugerah Puskas FIFA tahun ini. Pemenang untuk anugerah ini akan diumumkan pada 9 Januari tahun depan. Sama-sama kita nantikan!

No comments

Powered by Blogger.