Kos Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Rumah

Kos Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Rumah

Sebelum membeli sesebuah rumah anda perlulah mengetahui mengenai berapa banyak kos yang diperlukan dalam membeli rumah. Ianya untuk memastikan anda dapat menyediakan jumlah yang cukup, sebelum membuat keputusan membeli rumah.

Namun begitu, tidak semua orang tahu bagaimana untuk membuat kira-kira, atau aspek mana yang memerlukan penggunaan duit yang tinggi, sama ada bayaran deposit, atau peguam.

Berdasarkan perkongsian daripada laman, Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM), terdapat 5 aspek yang perlu diambil kira, dalam mengeluarkan kos membeli rumah.

Kos Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Rumah

1. Deposit

a. Kebiasaannya anda perlu menyediakan 10% daripada harga jualan.

b. Kerana margin pinjaman hanya 90% daripada harga jualan atau nilai semasa (pilih mana lebih rendah antara keduanya)

Contoh:

Harga jualan RM250k
Deposit 10% = RM25

c. Bagi kes bank yang memberi pakej 100% pinjaman, secara kasarnya deposit tidak perlu dikeluarkan

d. Jika anda masih mengeluarkan deposit, anda akan dapat semula wang anda apabila proses jual beli telah selesai.

2. Bayaran Undang-Undang dan Duti Setem

Contoh:

Harga jualan RM250k
RM150k pertama: RM150k X 1.0% = RM1500
RM100k seterusnya: RM100k X 0.7% = RM700
Total: RM1500 + RM700 = RM2200

Info:
Perlu diingat terdapat kos lain yang akan peguam sertakan dalam sebut harga (quotation), seperti Kaveat, pendaftaran pejabat tanah, pengangkutan, faks, telefon, fotostat, carian tanah, dan lain-lain

3. Pinjaman Guaman dan Duti Setem

Untuk contoh pengiraan, anda boleh terus layari laman web: lowpartners.com

4. Yuran Penilaian

Contoh:

Harga jualan RM250k
RM100k pertama: RM100k X 0.25% = RM250
RM150k seterusnya: RM150k X 0.2% = RM300
Jumlah Keseluruhan: RM250 + RM300 = RM500

Info:
Yuran penilaian biasanya termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang diberi oleh pihak bank

5. Insurans Perumahan

Insurans biasanya termasuk sekali dalam pekej pinjaman yang diberi oleh pihak bank.

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.