Kad Peduli Sihat Selangor

                Kad Peduli Sihat Selangor

APA ITU 'SKIM PEDULI SIHAT'?

Skim Peduli Sihat adalah pembiayaan rawatan kesihatan asas setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun.

Penerima skim itu boleh mendapat rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang.

KAD PEDULI SIHAT SELANGOR

                

Warga Selangor dialu-alukan untuk mendaftar dalam KAD PEDULI SIHAT SELANGOR. Boleh didapati secara PERCUMA dan hanya di Selangor.

KATEGORI A:

- Untuk suami dan/ atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun) yang berkelayakan.
- Pendapatan isi rumah : RM3,000.00 sebulan dan ke bawah

Kelebihannya:

- Akan mendapat isi kad bernilai RM 500.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu keluarga / pemegang akaun utama)

KATEGORI B:

- Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan.
- Pendapatan individu : RM1,500.00 sebulan dan ke bawah.

Kelebihannya:
- Akan mendapat isi kad bernilai RM 200.00 setahun
- Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
- Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
- Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk seorang individu / pemegang akaun utama)

Syarat-syarat Kelayakan:

1. Warganegara Malaysia
2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
3. Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohonan serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses.

Borang boleh isi secara dalam talian atau dapatkan di pejabat ADUN berdekatan.


No comments

Powered by Blogger.