Azam dan Perancangan Blog Lokman Tahun 2017


Hanya tinggal beberapa jam lagi tahun 2016 akan melabuh tirainya dan bermulalah tahun baru 2017. Mesti setiap orang ada azam dan pencapaian masing-masing samada yang telah berjaya dicapai atau sebaliknya. Dengan permulaan tahun 2017, mesti anda sendiri mempunyai azam baru yang ingin dicapai sepanjang tahun baru ini. Tapi apakah azam baru yang ingin anda capai? Pelbagai azam baru yang anda ingin capai contohnya buat simpanan duit, ingin beli kenderaan baru, rumah baru, ada yang ingin punyai pasangan dan lain-lain lagi.

Bagi saya sendiri mempunyai azam yang ingin saya capai sepanjang tahun 2017 ini. Azam saya sebenarnya berkaitan dengan kerja blogging yang saya lakukan ini. Tapi apakah azam tersebut?

Jom lihat dibawah!

Azam dan Perancangan Tahun 2017

1- Nak tukar domain blog dari penggaliilmudunia.blogspot.com kepada www.hakimblogs.com. Tunggu dan lihat nanti

2- Fokus lebih untuk niche blog dan konsisten blogging dengan tips SEO, SEM dan SERP.

3- Cuba perbaiki alexa rank blog di dunia dan di Malaysia dengan lebih baik

4- Jika ada kesempatan dan modal, nak buat satu atau dua giveaway dan juga segmen

5- Ingin fokuskan juga blog kedua, ketiga, keempat dan kelima at least dengan dua entri sehari

6- Ingin apply Innity publisher pula

7- Target nak naikkan trafik blog kepada 20 k ke atas pageviews (sehari). Setakat ni paling tinggi PV pernah dapat ialah 14,500 sehari

8- Ingin mempelajari affiliate marketing cth. Klikjer dengan lebih mendalam

9- Lebih banyak dapat jana income dari Adsense, Mobicow, popads dan lain-lain lagi

Mudah-mudahan perancangan dan azam tahun baru Lokman akan menampakkan hasilnya dan berjaya mendapat income dengan lebih banyak. Selamat happy new year 2017!

No comments

Powered by Blogger.