8 Tips Yang Perlu Anda Tahu Semasa Bercuti Di Bali

                Image result for bali indonesia

Sedia maklum Pulau Bali di Indonesia merupakan salah sebuah destinasi percutian luar negara yang popular di kalangan rakyat Malaysia. Terkenal dengan keindahan alam yang mempersonakan di samping dengan keunikan budaya lain daripada mana-mana tempat di Indonesia, maka tidak hairanlah ramai yang dilihat untuk berkunjung ke pulau.

Bagi mereka yang merancang untuk bercuti ke Bali dalam masa cuti ini, disini saya kongsikan sedikit tips supaya dapat dijadikan panduan buat kita semua.

1. Terletak 3 jam daripada Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat

Tidaklah jauh mana pun, bagi mereka yang pernah ke Kota Kinabalu, perjalanan 3 jam ke Bali ini pastinya tidak terasa.

2. Airasia, Malindo dan Malaysia Airlines

                   

Terdapat 3 syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan terus daripada KLIA2/KLIA ke Denpasar, Bali.

                 Image result for bali indonesia

3. Tiada borang ketibaan

Tidak lagi perlu mengisi borang ketibaan. Hanya perlu isikan borang kastam Indonesia sahaja. Mudah saja!

4. Zon masa
Serupa seperti di negara Malaysia. Tidak perlu untuk anda mengubah waktu jam anda.

5. Internet

Perkhidmatan WiFi percuma bersepah di sini, dari airport, cafe dan hotel, rata-rata mereka sudah menawarkan WiFi secara percuma kepada pelanggan mereka. Tetapi, sekiranya korang jenis yang perlukan akses internet 24 jam, pastikan anda mendapatkan sim kad Telkomsel Simpati daripada mana-mana kedai di sana.

6. Alternatif untuk supir

Selain supir, perkhidmatan Uber, Grab dan teksi di Bali sangatlah banyak. Tapi awas, kebanyakkan destinasi popular di sana dikawal ketat oleh sindiket-sindiket teksi sapu rata-ratanya tidak membenarkan Uber, Grab ataupun teksi untuk mengambil penumpang di kawasan yang di’jaga’ oleh mereka.

7. Scam
Seperti mana-mana destinasi percutian popular di dunia, Bali juga tidak terkecuali.

8. Cuaca
Cuaca di Bali agak panas. Jadi, sedialah pakaian yang nipis dan selesa semasa anda bercuti ke sana.

                Image result for bali indonesia

No comments

Powered by Blogger.