5 Tempat Menarik Bercuti di Negeri Sembilan

5 Tempat Menarik Bercuti di Negeri Sembilan

Bagi anda yang masih mencari destinasi percutian untuk hujung tahun ini, di sini anda boleh cuba lawati tempat-tempat menarik yang ada di Negeri Sembilan yang cukup terkenal dengan kecantikan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson dan Taman Tema Air PRIMALAND dan lain-lain lagi.

Di sini saya akan kongsikan beberapa tempat menarik yang ada di Negeri Sembilan.

5 Tempat Menarik Bercuti di Negeri Sembilan

1- Pantai Teluk Kemang

Setiap orang datang ke Negeri Sembilan, mesti anda tidak tertinggal datang ke Pantai Teluk Kemang yang merupakan pantai paling popular di Port Dickson. Pelbagai aktiviti yang boleh anda cuba disini seperti banana boat, snorkelling, parasailing dan jetski. Kemudahan penginapan seperti chalet dan hotel mudah anda dapati di sekitar pantai ini.

2- Nilai 3 Wholesale Centre

Salah satu tempat menarik yang ada di Negeri Sembilan untuk bershopping yang wajib anda datang. Pelbagai barangan seperti karpet, perhiasan kahwin dan tekstil. Kalau anda seorang yang gemar bershopping, pastikan anda tidak lepaskan peluang datang ke sini.

3- Gunung Angsi

Merupakan puncak ketiga tertinggi selepas Gunung Datuk dan Bukit Bintongan yang terletak di dalam Taman Rekreasi Ulu Bendul. Di sini anda boleh lakukan aktiviti lasak seperti jungle trekking dan pendakian bagi anda yang gemar aktiviti lasak.

4- Taman Tema Air PRIMALAND

Sebuah taman tema air yang terletak di Batu 12 Port Dickson. Bagi anda yang ingin bercuti bersama keluarga, amat sesuai anda datang ke sini untuk menikmati kolam renang dan gelongsor air.

5- Cowboy Town di Batu 14

Merupakan sebuah hotel yang berdasarkan ala-ala koboi. Pelbagai aktiviti yang anda boleh cuba di sini seperti menunggang kuda, memanah, go kart dan sebagainya.

Selamat bercuti!

No comments

Powered by Blogger.