Usain Bolt Akan Berlatih Bersama Kelab Borussia Dortmund Dalam Usahanya Menjadi Pemain Bola Sepak

                   usain-bolt.jpg

Tiada siapa yang dapat menandingi kepantasan Usain Bolt ketika ini di trek larian. Tetapi bagaimana pula jika Usain Bolt berlari di atas padang dalam sesuatu perlawanan bola sepak? Hector Bellerin dan Gareth Bale adalah antara pemain bola sepak yang mempunyai larian yang pantas di atas padang.

Usain Bolt nampaknya ingin bertukar karier beliau yang sedia ada untuk mencuba nasib beliau dalam sukan bola sepak. Kalau siapa yang meminati Usain Bolt, pastinya tahu tentang minatnya yang mendalam dalam sukan bola sepak. Beliau dikatakan akan berlatih di kelab terkemuka Jerman, Borussia Dortmund.

Dalam temubualnya bersama The Guardian, beliau berkata ketua jurulatih Dortmund, Thomas Tuchel bersetuju untuk memberi peluang untuk beliau berlatih dengan skuad Dortmund. Bolt yang kini berusia 30 tahun berkata sekiranya semuanya berjalan lancar, mungkin beliau berpeluang untuk bermain bola sepak secara serius dan telah bercakap dengan beberapa individu mengenai niatnya itu.

Tetapi impiannya semestinya untuk bermain untuk kelab kegemarannya, Manchester United. “Jika saya dapat bermain untuk Manchester United, ianya seperti sebuah mimpi yang jadi kenyataan,” kata Bolt.

Pertukaran karier dalam sukan ini biasa terjadi dahulu. Pasti ramai yang tidak tahu pemain lagenda bola keranjang Michael Jordan pernah menjadi pemain professional baseball untuk beberapa musim sebelum kembali bermain bola keranjang.

Jika beliau cukup bagus untuk menjadi pemain bola sepak, tidak ada salahnya bukan? Sama-sama kita tunggu perkembangan Usain Bolt!

No comments

Powered by Blogger.