Sinopsis Filem Desolasi 8 Disember 2016

                Desolasi

Filem Desolasi sentuhan pengarah muda, Syafiq Yusof akan ditayangkan di pawagam mulai 8 Disember 2016. Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim dan Dato Jalaluddin Hassan. Filem itu dikatakan menggunakan 60 peratus efek kesan khas (CGI). Menceritakan tentang hala tuju kehidupan seseorang di dunia.

TAJUK : DESOLASI
KLASIFIKASI : P13
GENRE : Fiksyen Sains / Ngeri
TARIKH TAYANGAN : 8 Disember 2016
PENGARAH : Syafiq Yusof
TERBITAN : Skop Productions Sdn Bhd
PELAKON : Syamsul Yusof, Bella Dally, Pekin Ibrahim, Dato Jalaluddin Hassan, Aida Khalidah, Jacky Kam, C.Kumaresen, Siraj Sheikh Alsagoff

FOTOGRAFI : Azami Alias
PENATA SENI : Ridzuan Bin Mat Hussain
PENYELIA KESAN KHAS : Dinie Shuhaimi
PENATA MUZIK & BUNTI : Imaginex Sdn Bhd
PENOLONG PENGARAH : Shake Al Walled / Raja Daniel Matiin
PENERBIT : Datuk Yusof Haslam

SINOPSIS DESOLASI

Mengisahkan mengenai Aiman seorang pelukis remaja yang mencari jawapan dalam persoalan kehidupan selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan dalam kehidupan sehariannya sehingga membuatkan dirinya hilang arah. Masalah demi masalah yang dihadapinya telah membuatkannya bertengkar dengan ayahnya. Satu hari, Aiman berdoa agar semua masalahnya hilang dan keesokan harinya, selepas bangun dari tidur, dia mendapati semua manusia sudah lenyap. Ia sekali gus memberi peluang kepada Aiman untuk melakukan pelbagai perkara yang ingin dilakukannya tanpa perlu berfikir panjang. Dalam pada itu, Aiman juga mencari jawapan kepada kehidupan dan persoalan terhadap apa yang dicarinya selama ini.

Lihat video dibawah:
FILEM DESOLASI TRAILER

No comments

Powered by Blogger.