Samsung Kini Berdepan Dengan Masalah Mesin Basuh Selepas Note 7

               Samsung Washing Machines Explode

BULAN Oktober 2016 semestinya menjadi bulan paling pahit buat Syarikat Samsung. Penjualan telefon flagship mereka iaitu Samsung Galaxy Note 7 ditarik balik seterusnya saham syarikat mereka juga turut jatuh menjunam.

Berikutan permasalahan yang berlaku, Samsung telah memohon maaf atas insiden yang berlaku. Nampaknya tragedi yang hampir sama berulang sekali lagi di awal November. Kali ini bukan lagi telefon, malah melibatkan mesin basuh. Ya, jarang sekali kita mendapat berita isu mesin basuh yang terpaksa dipanggil semula.

Dikatakan sebanyak 2.8 juta unit mesin basuh telah dipanggil semula berikutan hampir 34 kes melaporkan penutup mesin basuh tertanggal sewaktu kerja dibuat. Setakat ini, masih belum terdapat pengguna daripada Malaysia yang terbabit dalam permasalahan mesin basuh daripada Samsung ini.

               

Sebagai ganti, Samsung telah menawarkan dua pilihan buat para pengguna yang terlibat. Pilihan yang disediakan adalah servis membaik pulih secara percuma atau rebat sehingga $300 USD untuk menggantikan dengan mesin basuh jenama Samsung yang lain.

Sumber: HB

No comments

Powered by Blogger.