Panduan Gred Markah Peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM Terkini Mulai 2016


Yang terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkongsi maklumat dan sistem pemarkahan dan senarai gred UPSR, PT3 dan SPM 2016 untuk dijadikan panduan kepada pelajar Darjah 6, Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 tahun ini. Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Penetapan julat markah dan gred oleh KPM ini berkuatkuasa mulai tahun 2016.

Sistem Gred Markah UPSR, PT3 dan SPM 2016 Terkini

Julat Markah Gred Sekolah Rendah 2016

Berikut adalah julat markah gred untuk Sekolah Rendah (SR) UPSR seperti berikut:

Markah 80 hingga 100% - Gred A (Cemerlang)
Markah 65 hingga 79% - Gred B (Baik)
Markah 50 hingga 64% - Gred C (Memuaskan)
Markah 40 hingga 49% - Gred D (Mencapai Tahap Minimum)
Markah 0 hingga 39% - Gred E (Belum Mencapai Tahap Minimum)
TH - Tidak Hadir

Julat Markah Gred Menengah Rendah 2016 PT3

Berikut adalah julat markah gred untuk Menengah Rendah (MR) PT3 seperti berikut:

Markah 85 hingga 100% - Gred A
Markah 70 hingga 84% - Gred B
Markah 60 hingga 69% - Gred C
Markah 50 hingga 59% - Gred D
Markah 40 hingga 49% - Gred E
Markah 01 hingga 39% - Gred F
TH - Tidak Hadir

Julat Gred Markah Menengah Atas 2016 SPM

Berikut adalah julat markah gred untuk Menengah Atas (MA) SPM seperti berikut:

Markah 90 hingga 100% - Gred A + (Cemerlang Tertinggi)
Markah 80 hingga 89% - Gred A (Cemerlang Tinggi)
Markah 70 hingga 79% - Gred A- (Cemerlang)
Markah 65 hingga 69% - Gred B + (Kepujian Tertinggi)
Markah 60 hingga 64% - Gred B (Kepujian Tinggi)
Markah 55 hingga 59% - Gred C + (Kepujian Atas)
Markah 50 hingga 54% - Gred C (Kepujian)
Markah 45 hingga 49% - Gred D (Lulus Atas)
Markah 40 hingga 44% - Gred F (Lulus)
Markah 0 hingga 39% - Gagal
TH - Tidak Hadir

Sumber: SAPS

No comments

Powered by Blogger.