Mimi Et Moi Kasut Wanita Modular Dengan Ketinggian Tapak Boleh Diubah


Bekas Wanita Pertama Filipina Imelda Marcosterkenal dengan koleksi ribuan kasut yang dibeli menggunakan wang rakyat. Selepas diktator Marcos digulingkan, koleksi kasut beliau dipamerkan sebagai tontonan kepada pembaziran yang berlaku di bawah pemerintahan beliau.

Secara purata seorang wanita mempunyai 20 pasang kasut dengan hanya 9 digunakan dengan kerap. Kasut dengan ketinggian dan rekaan berbeza perlu bagi memadankannya dengan busana yang dipakai.

Mimi Et Moi ialah kasut modular yang boleh berubah menjadi lima kasut berbeza dengan pelbagai ketinggian. Tapak kasut boleh ditanggalkan dengan pantas mengikut keperluan. Oleh itu masalah kekurangan ruang simpanan kasut di rumah (dan di dalam kereta) dapat dikurangkan.

Tapak kasut tambahan juga boleh disimpan di dalam beg tangan kerana saiznya yang padat. Sepasang kasut modular dengan lima tapak berbeza dijual pada harga bermula € 175 (~ RM 818).

Sumber: MIMEMOI

No comments

Powered by Blogger.