Inilah Maksud Disebalik Warna Pasport Merah, Hijau, Biru dan Hitam


Buat pengetahuan anda, terdapat 4 warna sahaja untuk pasport di seluruh dunia iaitu merah, hijau, biru dan hitam. Yang berbeza cuma tona warna tersebut.

Teknologi, saiz dan format pasport seluruh dunia juga selaras kerana ia telah ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Pihak kerajaan hanya boleh memilih warna dan rekabentuk pasport sahaja.

Menurut Hrant Boghossian, Timbalan Presiden Pemasaran Passport Index, kebanyakan pasport di dunia berdasarkan warna biru dan merah dengan tona warna yang berbeza.

Faktor geografi, politik dan agama memainkan peranan dalam pemilihan warna dan rekabentuk pasport oleh pihak kerajaan masing-masing.

Bagi warna kulit pasport pula, ia tiada syarat atau peraturan yang ditetapkan. Namun begitu, syarikat yang membuat buku pasport ini hanya ada beberapa sahaja di seluruh dunia berikutan kawalan proses yang ketat. Jadi, pemilihan variasi warna adalah terhad.

Antara syarikat yang membuat pasport ialah syarikat British, De La Rue sejak 1915 dan syarikat Amerika, Holliston yang mengendalikan 65 pasport negara.

Boghossian memberitahu Business Insider, terdapat banyak kemungkinan senario mengapa warna tertentu dipilih untuk kulit buku pasport.

1. Merah

Warna merah tua (burgundy) digunakan oleh ahli European Union dan negara yang berminat menyertai kesatuan tersebut. Ia langkah penjenamaan, menurut The Economist.

Warna merah turut dikaitkan dengan sejarah penglibatan komunis dalam sesebuah negara. Contoh Rusia dan China.

Namun begitu, ia juga menggambarkan identiti negara. Bagi pasport Switzerland, ia menggunakan warna merah cerah sama seperti identiti negara dan bendera.

Pasport negara kita berwarna merah. Apakah maknanya? Adakah ia dikaitkan dengan komunis? Atau diambil dari salah satu warna bendera Malaysia?

2. Biru

Warna biru menjadi simbolik kepada "dunia baru" seperti Amerika Utara, Amerika Selatan, Oceania dan lain-lain.

Warna biru juga digunakan oleh Caribbean Community & Common Market dan termasuk 15 negara Caribbean dan negara yang bergantung kepadanya.

3. Hijau

Warna hijau melambangkan kepercayaan agama di mana kebanyakkan negara yang menggunakan warna ini adalah negara Islamik. Warna hijau juga dikaitkan dengan warna kegemaran Nabi Muhammad SAW.

Selain itu, warna hijau juga melambangkan simbol semula jadi dan kehidupan. Antara negara yang menggunakan warna ini ialah Azerbaijan, Indonesia, Pakistan dan Arab Saudi.

Afghanistan dan Iran menggunakan warna hijau yang sama dengan warna bendera negara mereka.

4. Hitam

Warna hitam pula digunakan oleh negara-negara Afrika seperti Republik Congo, Liberia, Malawi dan Uganda.

Tona warna gelap digunakan kerana ia kurang kotor dan menyerlahkan kontras simbol negara serta nampak lebih rasmi.

Warna-warna Lain

Warna dan rekabentuk pasport sesebuah negara tidak kekal kerana ia boleh diubah sekiranya pihak kerajaan mahukan perubahan. Contoh, Amerika Syarikat pernah mempunyai pasport berwarna merah, hijau dan kini biru.

Sesetengah pasport pula mempunyai ciri rekabentuk yang cool seperti ultraviolet artwork yang ada pada pasport Kanada, UK, US dan China yang mempunyai imej tersembunyi dalam pasport.

Pasport Finland pula paparkan imej kreatif apabila ia boleh menghasilkan animasi rusa besar berlari apabila muka suratnya dibuka laju.

Boghossian bahawa ada pengecualian bagi negara tertentu. Rakyat Kanada mempunyai pasport warna putih bagi dokumen kembara sementara. Rakyat Sweden dan Belanda berwarna merah jambu bagi gantian pasport hilang semasa kembara.

Manakala, Norway menawarkan pasport yang berbeza tona dengan rekabentuk minimalis kepada pengembara. Baru-baru ini Norway menganjurkan pertandingan untuk pasport. Pemenangnya, Neue Design Studio menggunakan warna vibrant and hip.

Organisasi antarabangsa turut mempunyai pasport sendiri, contoh Interpol berwarna hitam dan United Nation berwarna biru pasifik.

Jadi, warna pasport boleh dikatakan ia melambangkan identiti sesebuah negara.

Sumber: BUSINESS INSIDER

No comments

Powered by Blogger.