Benarkah Bulan Pernah Terbelah dan Akan Terbelah Lagi?


Benarkah bulan pernah terbelah dan akan terbelah lagi! Inilah jawapannya!!!

SUATU hari di sebuah seminar di Fakulti Perubatan Universiti Cardiff di Wales, Bahasa Inggeris, awal tahun 2000-an. Hadir di situ Dr Zaglul An-Najjar, penulis buku Pembuktian Sains dalam Sunah. Seorang laki-laki berbangsa Inggeris berdiri dan meminta izin untuk bercakap. Ia mengenalkan dirinya bernama David M Pidcock, seorang Muslim dan tengah memimpin sebuah organisasi Islam di negaranya. Sebelumnya ia non-Muslim. Peristiwa ke-Islaman-nya berawal ketika seorang sahabat Muslim meminjamkan Al-Qur'an kepadanya. Kebetulan ketika itu ia tengah sengit mempelajari agama-agama di dunia.

Pidcock mulai mempelajari halaman demi halaman Al-Qur'an hingga tiba pada Surat Al-Qomar: 1 - 2. Ia tak percaya isi surat itu. Maka ia langsung menutup Al-Qur'an dan meninggalkannya. Allah rupanya berkehendak lain. Tak berapa lama kemudian ia menonton siaran televisyen BBC. Seorang penyiar tengah menemubual tiga ahli astronomi Amerika Syarikat (AS) mengenai aktiviti mendaratkan manusia ke bulan. Pada masa itu tahun 1978.

Si penyiar mengkritik dasar kerajaan AS yang menghantar manusia ke bulan. Dasar itu telah menghabiskan biaya sekitar 100 juta dolar AS. Ini pembaziran. Bila dana tersebut diberikan kepada jutaan orang yang kelaparan akan jauh lebih berfaedah. Para saintis itu membela diri. Mereka mengatakan bahawa perjalanan tersebut telah membuktikan satu fakta penting yang seandainya mereka mengeluarkan dan berkali-kali ganda dari dana itu untuk membuat manusia yakin dan menerima hakikat tersebut, tetap tak ada seorang pun yang akan mempercayainya.

Si penyiar  bertanya, "Fakta apa itu?" Para ilmuwan itu menjawab bahawa bulan pada masa dahulu kala pernah terbelah, kemudian melekat lagi. Bekas-bekas yang menunjukkan fakta ini sangat terlihat di permukaan bulan sampai ke dalam perut bulan.

Begitu mendengar ini saya langsung melompat dari kerusi yang saya duduki di depan televisyen dan berkata dalam hati bahawa sebuah mukjizat telah berlaku pada Muhammad 1.400 tahun yang lalu, "kata Pidcock. "Al-Qur'an telah menyebutkannya dengan perincian yang begitu mengagumkan. Ini pasti agama yang benar, "kata Pidcock lagi. Ia pun memeluk Islam.

Peristiwa terbelahnya bulan banyak yang dilaporkan oleh berbagai kitab hadis dan sirah berdasarkan penuturan sejumlah sahabat, di antaranya Abdullah bin Umar dan Abdullah bin Abbas Radhiyallahu 'anhum. Sejarah India dan China Kuno juga telah menceritakan peristiwa ini.

Petikan dari buku "1000 Mukzijat Nabi akhir Zaman (Mukzijat Rasulullah" oleh Dr. Mustafa Murad halaman 8-9, sebagai berikut ini. Terbelahnya bulan juga merupakan salah satu mukzijat Rasulullah SAW, yakni bulan terbelah dua sehingga sebuah gunung berada di antara keduanya.

Dirawikan dari Anas, ia berkata, "Penduduk Makkah pernah meminta Nabi untuk menunjukkan sebuah mukzijat, maka bulan di Makkah terbelah dua. Beliau lalu membaca firman Allah, "Telah dekat (datangnya) saat itu (hari kiamat) dan telah terbelah bulan." (QS. Al-Qamar [54]). Mendengar hal ini, orang-orang kafir Quraisy berkata, "Bila ia telah berjaya menyihir kita". Akan tetapi sebahagian yang bijak dari mereka berkata, "sihir memang boleh menimpa dan mengelirukan orang yang hadir dan menyaksikannya, namun sihir tidak akan mampu mengelabui (semua) manusia". (HR. Al-Baihaqi).

Beberapa pendapat bermunculan tentang pemahaman "terbelahnya bulan" dalam ayat (QS. Al-Qamar [54]) di atas. Ir. Agus Rahmat Sudarmojo dalam bukunya "Menyibak Rahasia Sains Bumi dalam Al-Qur'an" di halaman 66-68, mengutarakan satu per satu sebagai berikut ini.

Pendapat Pertama

Secara Geo-Sains memang telah terbukti bahawa dahulu kala bulan pernah terbelah akibat hentaman asteroid. Data perbatuan bulan menyajikan maklumat adanya jalur batuan metamorf yang menembus bulan. Laluan itu bermula dari permukaan hingga ke inti dan menembusi ke permukaan bulan di sisi yang berlawanan. Hal ini hanya dapat dijelaskan bila bulan pernah terbelah dan menyatu kembali. Pergeseran saat terjadi penyatuan bahagian-bahagian batuan bulan menimbulkan tekanan (P) dan suhu (T) yang tinggi dan selanjutnya mebentuk jalur metamorf.

Pendapat Kedua

DR Khalifa dari NASA telah menjelaskan pengertian ayat tersebut, iaitu bahawa tidak seorang pun dapat menyangkal kebenaran Surah Al-Qamar Ayat 1. Kita boleh merujuk suatu kenyataan bahawa Neil Amstrong dan Aldrin meninggalkan bulan dengan membawa batuan bulan sebanyak 21 kg untuk contoh kajian. Itulah yang dimaksudkan dengan pengertian terbelahnya bulan, dan inilah yang membuat sang ilmuan NASA itu memeluk Islam dan menukar namanya menjadi Khalifa.

Pendapat Ketiga

Suatu ketika bulan akan terbelah bila mendekati kiamat. Secara sains, hal ini juga dimungkinkan apabila asteroid membentur bulan sehingga bulan lenyap dan hancur. Dari ketiga pendapat tersebut dapat disimpulkan bahawa sangat mungkin menjadi kenyataan. Bulan pernah terbelah di masa lalu dan akan kembali terbelah di masa yang akan datang berdasakan data-data sains.

Wallahu'alam.

Sumber: Islampos

No comments

Powered by Blogger.