Aplikasi Photoscan Memudahkan Anda Mendigitalkan Gambar Lama Anda


Google sedia mempunyai aplikasi Google Photos dalam memudahkan pengurusan gambar para pengguna dan ia telah menjadi salah satu aplikasi popular dalam tempoh kurang setahun. Kini, disamping menambah beberapa fungsi baru, Google turut memperkenalkan sebuah aplikasi baru dinamakan sebagai PhotoScan.

Melalui gambar PhotoScan yang ditawarkan untuk Android dan iOS ini, ia membolehkan para pengguna merakamkan gambar-gambar lama yang dicetak, dan mengubahnya kepada gambar berbentuk digital.

Mungkin ramai sedia maklum mengenai tawaran beberapa aplikasi yang membolehkan pengguna mengimbas dokumen dan gambar menggunakan kamera telefon, tetapi kaedah PhotoScan melaksanakannya secara berbeza.

Pengguna akan perlu mengambil beberapa rakaman daripada sudut berbeza, dan PhotoScan akan menjadikan gambar tersebut dalam bentuk digital yang baik. Google mengatakan ia dilakukan untuk membuang pelbagai pendedahan yang tidak diingini, disamping hadir dengan imej yang berkualiti.

Sumber: Google

No comments

Powered by Blogger.