5 Pemain Bintang Tidak Beraksi di Piala AFF 2016


Lapan pasukan sudah mengumumkan senarai pemain yang akan tampil di Piala AFF 2016 pada 19 November hingga 17 Disember depan. Tidak jarang setiap kejohanan berprestij, ada beberapa pemain handalan yang tidak hadir disebabkan tersangkut masalah kecederaan.

Pendek kata, itu merupakan gambaran dari sekian banyak pemain yang beraksi di Piala AFF 2016. Mahu tahu siapa bintang bola sepak di Asia Tenggara yang bakal tidak beraksi di kejohanan berprestij ini. Berikut adalah:

1. Diasuke Sato dan Javier Patino (Filipina)

Usaha untuk merebut gelaran pertama dalam sejarah gelaran Piala AFF tersangkut lantaran Daisuke Sato dilarang kelabnya untuk bermain buat Filipina. Ini tentu pukulan yang hebat buat The Azkals memandangkan dia adalah salah satu pemain yang solid dalam menjaga pertahanan.

Selain mempunyai kemampuan mengawal barisan pertahanan, Sato juga dianggap mempunyai fizikal yang bagus. Bahkan dia telah menunjukkan kemampuannya selama bertahun-tahun bersama Filipina. Hal inilah yang menyebabkan jurulatih Thomas Dooley sakit kepala.

Belum juga selesai masalah Sato. Dooley kembali dibuat kekecewaan mengingat Javier Patino juga tidak dibenarkan oleh kelab Henan Jianye. Inilah yang membuat Filipina agak sedikit pincang.

2. Safiq Rahim (Malaysia)

Safiq Rahim pemain bintang yang hadir di Piala AFF 2014 telah memilih bersara awal dari pasukan Malaysia.

Pemilik nama penuh Mohammad Safiq Rahim tidak hadir di Piala AFF 2016 kali ini. Padahal dua tahun lalu, dia adalah salah satu top scorer sekaligus pemain terbaik Malaysia.

Namun ia telah membuat keputusan untuk bersara daripada pasukan kebangsaan pada Julai lalu, dan itu harus diterima.

Tapi bagaimana pun skuat Harimau Malaysia sangat kehilangan penyerang bertenaga dan cerdik seperti dirinya. Kerana Safiq secara konsisten telah membuat pasukan Johor Darul Ta'zim merebut tiga gelaran Malaysia Super League dan Piala AFC 2015 lalu.

3. Tran Dinh Hoang (Vietnam)

Tran Dinh Hoang terpaksa batal bermain di Piala AFF 2016 lantaran masalah kecederaan galas sendi lutut atau meniscus. Situasi ini jelas buat Vietnam perlu mencari alternatif pemain lain, kerana pemain berusia 24 tahun itu merupakan pemain handalan di sisi kanan pertahanan.

Sejak memulakan debutnya bersama pasukan kebangsaan Vietnam, Tran Dinh Hoang dilabelkan sebagai salah satu pemain serba boleh. Kerana dia boleh bermain di sisi kanan dan kiri pertahanan.

4. Adisak Kraisom (Thailand)

Kabar ketidakhadiran Adisak Kraisom mungkin bukan berita utama buat Thailand. Memandangkan mereka masih boleh bergantung kepada mesin gol mereka dari Teerasil Dangda.

Tapi yang perlu diingat adalah Adisak masih menjadi bahagian penting dari pelatih Kiatisuk Senamuang. Hal itu terbukti ketika pemain berusia 25 tahun tersebut secara konsisten mampu menempatkan diri sebagai ancaman buat pertahanan lawan.

Namun begitu, masalah kecederaan membuatnya kehilangan tempat di skuat The War Elephant. Ini merupakan ujian besar buat Thailand yang cuba untuk mempertahankan gelaran juara di Piala AFF 2016.

5. Fazrul Nawaz (Singapura)

Pasukan kebangsaan Singapura cuba untuk merebut gelaran kelima ketika tampil di Piala AFF 2016. Namun rancangan tersebut seolah-olah menemui hambatan ketika salah satu penyerang veteran mereka gagal masuk skuat lantaran masalah kecederaan lutut.

Padahal Fazrul merupakan salah satu pemain hidup Singapura dengan mencatat 11 gol dari 82 penampilan untuk Negeri Singa. Itulah yang membuat pelatih Varadaraju Sundramoorthy sakit kepala mengingat setakat ini ia lebih mempercayakan wajah lama untuk tampil di event dua tahunan tersebut.

Sehingga wajar jika ada anggapan menyebut jika Singapura bukan lagi kegemaran juara di Piala AFF. 

No comments

Powered by Blogger.