Ubuntu 17.04 Akan Dikenali Dengan Nama Zesty Zapus


Menjadi kebiasaan untuk pihak Canonical dan Ubuntu memberikan nama kod khusus untuk setiap versi Ubuntu, dimana mereka mengikut abjad, serta penyertaan nama salah satu haiwan di dalam penamaan.

Terkini, selepas yakkety Yak yang dilancarkan minggu lepas, hari ini Mark Shuttleworth telah pun mengumumkan nama untuk Ubuntu 17.04.

Ubuntu 17.04 akan dilancarkan pada bulan April 2017 kelak, dan ia bakal dikenali dengan nama Zesty Zapus.

Bagi yang tidak tahu, Zapus adalah variasi keluarga tikus di Amerika Utara yang melompat. Penggunaan nama Zapus ini selari dengan Ubuntu yang kini "melompat" ke arena perkomputeran awan, dan pada masa yang sama membawakan operasi yang lebih pantas dan lancar.

Dengan penggunaan nama Zesty Zapus juga, ia membawa kepada penghujung abjad dalam penamaan versi Ubuntu. Semestinya ia akan menjadi suatu yang menarik untuk melihat sama ada penjenamaan seterusnya untuk Ubuntu selepas 17.04 kelak.

SUMBER: MARK SHUTTLEWORTH

No comments

Powered by Blogger.