Tips SEO On Page dan SEO Off Page

Tips SEO On Page dan SEO Off Page|KEMUNGKINAN sebahagian besar dari kita pasti sudah mengetahui apa itu maksud SEO (Search Engine Optimization). SEO adalah satu usaha yang dilakukan oleh seorang webmaster pada sebuah laman web yang bertujuan untuk meningkatkan penglihatan sebuah laman website menjadi lebih baik di enjin carian, terutamanya Google. Laman website yang mempunyai ranking yang baik di laman carian Google tentunya akan berpeluang untuk mendapatkan lebih banyak pengunjung berpotensi terus menerus secara percuma.

              Tips SEO On Page dan SEO Off Page

Apabila kita menaip sebuah kata kunci di laman carian Google, kita akan melihat list laman web yang berkaitan dengan kata kunci tersebut. Laman website / blog yang beroptimasi dengan baik dan berada pada urutan atas (kedudukan 1 - 4) biasanya akan mendapatkan pengunjung lebih banyak berbanding dengan laman web yang berada di urutan bawah dari hasil carian.

Perlu anda perhatikan, yang saya maksud dengan laman web / blog yang optimasi dengan baik dari segi SEO adalah website yang berada di urutan atas hasil carian organik (Organic Search), bukan website yang memasang iklan di Google (Google Ads).

Di dalam strategi SEO, ada dua perkara paling penting yang harus dilakukan oleh setiap blogger iaitu: SEO On Page dan SEO Off Page.

1. Apa itu SEO On Page

SEO On Page adalah sebuah usaha pengoptimuman laman web yang dilakukan dari sisi laman web itu sendiri. Dengan kata lain, usaha pengoptimuman yang dilakukan oleh seorang pemilik laman web / webmaster dengan mereka bentuk website yang SEO Friendly.

Terdapat beberapa elemen penting di dalam SEO On Page:

1- Penyelidikan keywords. Yang ini penting untuk mencari kata kunci utama dan kata kunci penyokong yang paling relevan dengan niche website yang akan dibuat.

2- Membangun website dengan struktur yang baik, kelihatan menarik, dan loading dengan cepat

3- Menggunakan Title Tag yang baik bagi laman web dan tajuk kandungan

4- Menambahkan description yang relevan dengan website

5- Mengatur URL (permalinks) yang SEO Friendly

6- Menggunakan Heading dengan baik (H1, H2, H3, H4)

7- Mengurus navigasi website sebaik mungkin

8- Menambahkan keywords pada penamaan gambar (ALT Text dan Title Text)

2. Apa itu SEO Off Page

SEO Off Page adalah usaha pengoptimuman laman web yang dilakukan dari luar website yang dibina. Sebuah laman website yang SEO On Page yang sudah bagus perlu disokong pula dengan pengoptimuman dari luar laman web itu sendiri. Pengoptimuman off page dilakukan dengan cara membina links (backlinks) dari laman web lain ke laman web yang dioptimasi.

Beberapa jenis links yang biasa dibina untuk meningkatkan populariti sebuah laman web di internet antara lain:

1- Links daripada media sosial (Twitter, Facebook, Google+, Youtube, Pinterest dan lain-lain)

2- Links dari web 2.0 properties (Blogspot, WordPress, Weebly, dan lain-lain)

3- Links daripada forum dalam talian

4- Links dari laman social bookmark

5- Links dari aktiviti blogwalking (memberi komen di blog orang lain)

6- Links dari website yang menerima guest blogger

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan buat anda mengenai SEO On Page dan SEO Off Page!

No comments

Powered by Blogger.