The Tower Bakal Mengambil Alih Status Dari Burj Khalifa


Rekod bangunan tertinggi di dunia dipegang oleh Burj Khalifa sejak 2009. Kini The Tower, sebuah bangunan baru yang akan mengambil alih status ini dari Burj Khalifa. Pembinaan menara setinggi 926 meter ini bermula dua hari yang lalu dan dijangka siap pada tahun 2020. Menara ini hampir 100 meter lebih tinggi berbanding pemegang rekod sebelum ini.

Pelbagai teknologi baru akan digunakan pada The Tower. Pertama sekali ia akan menjadi bangunan pintar mesra alam tertinggi dunia. Sistem kecerdasan buatan akan digunakan bagi mengawal penggunaan tenaga pada menara ini.

Rekaan The Tower mengambil inspirasi daripada menara masjid dan bunga Lili. Keunikan The Tower terletak pada taman hijau yang akan dibina pada dek atas yang cuba meniru keindahan Taman Tergantung Babylon.

Menarik sekali rekod bangunan tertinggi The Tower tidak akan bertahan lama. Kingdom Toweryang akan sedang dibina di Jeddah, Arab Saudi mensasarkan ketinggian melebihi 1000 meter dan turut dijangka siap menjelang 2020.

Sumber: THE NATIONAL

No comments

Powered by Blogger.