Song Ji Hyo Kini Trending Di Twitter #SONGJIHYOinMY


PELAKON dan peserta program televisyen popularRunning Man, Song Ji Hyo dari Korea Selatan mula trending menerusi laman mikro Twitter hari ini dengan #SONGJIHYOinMY.

Aktres wanita berusia 35 tahun ini dilaporkan datang ke Malaysia untuk merasmikan pembukaan sebuah kedai kasut jenama Shoopen di Fahrenheit 88, Bukit Bintang di ibu negara.

Menerusi laman mikro Twitter, rata-rata rakyat Malaysia yang meminati wanita ini tidak melepaskan peluang untuk melihat secara personal heroin Running Manpujaan mereka dan sanggup berasak-asak di pusat beli-belah itu.

Shoopen merupakan rangkaian kedai jenama kasut terbesar di Korea Selatan yang menawarkan pelbagai jenis kasut yang praktikal dan mampu milik bagi penggemar kasut.

Song yang hanya memakai baju T berwarna coklat dipadankan dengan hot pants paras paha berwarna hitam dirakam memotong reben di hadapan outlet berkenaan sebagai simbolik perasmian pembukaan kedai tersebut.

Selain trending dengan # SONGJIHYOinMY, rata-rata peminat Song memujinya sebagai seorang wanita yang cantik dan memang mempunyai kecantikan semula jadi.

No comments

Powered by Blogger.