Sinopsis Drama Tak Beli Tak Cinta Slot Iris (TV3)


Nantikan drama terbaru arahan Ahmad Idham berjudul Tak Beli Tak Cinta yang akan bermula pada hari ini. Antara barisan pelakon yang membintangi drama siri komedi itu adalah Rita Rudaini, Ariz Lufias, Syainie Aida, Qara Lyana, Erry Putra dan ramai lagi. Drama Tak Beli Tak Cinta akan ditayangkan bermula 19 Oktober 2016 pada hari ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang menerusi slot Iris di TV3.

JUDUL: TAK BELI TAK CINTA

EPISOD: 20 episod
TARIKH TAYANGAN: 19 Oktober 2016
HARI / MASA: Isnin-Khamis, 6.30 petang
SIARAN: Slot Iris TV3
PENGARAH: Ahmad Idham & Rosli Mohd Taib
TERBITAN: AIFA Motion Pictures Sdn Bhd
PELAKON: Rita Rudaini, Ariz Lufias, Qara Lyana, Syainie Aida Aliff Yasraff, Erry Putra, Shiha Zikir, Habil Lutfillah, Eizlan Yusof, Dian P Ramlee, Cat Farish

WATAK PELAKON

Rita Rudaini sebagai Puan Bibi
Ariz Lufias sebagai Muhammad Isma
Syainie Aida sebagai liyana
Qara Lyana sebagai Filzah
Aliff Yasraf sebagai Man Fly
Erry Putra sebagai Tuan CJ
Eizlan Yusof sebagai Cikgu Ramly

SINOPSIS TAK BELI TAK CINTA

Mengisahkan kehidupan Bibi (Rita Rudaini) yang juga pemilik butik barangan kecantikan dan pakaian. Perniagaan itu diusahakan Bibi selepas kematian suaminya dalam tragedi pesawat MH17.

Bibi yang mempunyai anak lelaki berusia 11 tahun setiap hari berdepan dengan pelbagai masalah terutama membabitkan kerenah pekerja, pelanggan dan rakan perniagaan.

Di butik Bibi nempunyai dua pembantu iaitu Liyana (Syainie Aida) dan Isma (Ariz Lufias). Tanpa disangka wujud konflik cinta tiga segi antara mereka.

Namun, kehadiran CJ (Erry Putra) iaitu kawan karib arwah suami Bibi yang juga seorang duda membuka lembaran baru dalam hidup Bibi. Dalam diam CJ menyimpan rasa cinta terhadap Bibi.

No comments

Powered by Blogger.