Senarai 26 Pemain Skuad Malaysia Diumumkan AFF Suzuki Cup 2016


Nampaknya semakin hampir Kejohanan AFF Suzuki Cup 2016 bakal membuka tirai tidak lama lagi pada bulan November ini, di mana Ketua Jurulatih Skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee telah mengumumkan senarai awal nama 26 pemain yang akan membarisi Skuad Malaysia dalam Kejohanan AFF Suzuki Cup 2016 nanti.


Dalam senarai itu 5 pemain dari call-up lepas digugurkan iaitu Latiff Suhaimi, Fakrul Aiman, Adam Nor, Fazrul Hazli dan Azrif Nasrulhaq kerana tidak lulus ujian kecergasan manakala Safee Sali kembali tersenarai dalam 26 pemain itu. Daripada 26 senarai pemain, hanya 23 pemain yang akan dipilih untuk menghadapi kejohanan AFF Suzuki Cup 2016 pada bulan November nanti.

Sama-sama kita saksikan pasukan Harimau Malaysia pada kejohanan itu nanti. Ayuh Harimau Malaysia!

No comments

Powered by Blogger.