Manfaat Labu Kuning Untuk Kesihatan Yang Anda Perlu Tahu


Labu kuning oleh masyarakat Amerika dan beberapa negara lain seringkali digunakan sebagai salah satu ciri-ciri perayaan Halloween. Tepung labu kuning boleh diaplikasikan pada beberapa produk misalnya pada mie, roti, ais krim, biskut, kek dan lain-lain.

Kandungan Gizi dan Manfaat Labu Kuning

Berat buah labu kuning boleh mencapai 3-5 kg. Biasanya buah ini mempunyai warna hijau dan warna kuning pucat. Buah Labu kuning atau yang berwarna orange mempunyai karotenoid yang sangat tinggi. Karotenoid dalam buah labu sebahagian besar mempunyai beta-karotena yang merupakan sumber antioksidan, yang mampu melambatkan proses penuaan dan kanser.

Labu kuning juga mempunyai kandungan Vitamin C yang berfungsi sebagai kekebalan tubuh, zat besinya berfungsi untuk pembentukan darah, kaliumnya berguna untuk menjaga keseimbangan air dan elektrolit di dalam tubuh serta labu kuning juga mengandung serat yang berfungsi untuk pencernaan tubuh.

Labu kuning juga diketahui mengandung cukup banyak potassium, iaitu mineral yang disebut-sebut mampu menurunkan risiko terkena hipertensi.

Mineral lain yang terkandung dalam labu kuning adalah zinc, yang mampu meningkatkan system imun (pertahanan) badan. Belum lagi kemampuannya menurunkan risiko osteoporosis, kerana zinc memainkan peranan dalam menyokong kepadatan tulang.

Kandungan serat di labu kuning yang cukup tinggi sangat berguna dalam kesihatan pencernaan untuk mengurangkan risiko sembelit.

Selain itu, menurut hasil kajian, bahawa serat juga boleh mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.

Air buah labu kuning berguna sebagai penawar racun binatang dan bijinya dapat menjadi ubat cacing pita.

Biji labu kuning juga mempunyai manfaat, yakni untuk meringankan gejala arthritis, kerana di dalamnya terkandung zat anti-keradangan.

Cara mudah mengambil buah labu kuning iaitu diolah dengan dipotong, dikupas, dibakar dan dibubuhi minyak zaitun, garam, dan lada sebagai hidangan sederhana yang lazat. Biji labu atau biasa disebut dengan pepitas, boleh anda dapati di pasar raya berdekatan. Biasanya biji labu boleh didapati dalam bentuk segera yang boleh terus dimakan.

Semoga bermanfaat!

No comments

Powered by Blogger.